in , ,

Video Muzik Single ADLINA MARIE Haqiem Rusli Undang Rasa Sebak

Haqiem Rusli seorang penyanyi dan komposer muda yang berbakat besar. Sebelum ini, dia telah menghasilkan lagu-lagu yang terbaik sehingga layak beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu termasuk Tergantung Sepi, Jatuh Bangun dan Lembah Kesepian.

Terbaru, hasil ciptaan dan nyanyiannya sendiri menerusi lagu terbaru iaitu Adlina Marie juga mendapat perhatian ramai pendengar sehingga trending di alam maya. Adlina Marie diinspirasikan dari sebuah petikan video yang pernah viral dan video tersebut juga undang sebak netizen.

Muzik video Adlina Marie ini baru saja dimuatnaik menerusi akaun FMC Music dan mencecah tontonan melebihi 102ribu.Pembukaan muzik video ini memaparkan video asal perbualan antara seorang ibu dan anak perempuan yang berada di kawasan perkuburan.

Video Muzik Single ADLINA MARIE Haqiem Rusli Undang Rasa Sebak

Lebih menyedihkan lagi, kanak-kanak tersebut sering menanyakan mengenai ayahnya yang sudah meninggal dunia. Berdasarkan situasi demikian, Haqiem Rusli menghasilkan sebuah lagu istimewa untuk kanak-kanak itu.

Video Muzik Single ADLINA MARIE Haqiem Rusli Undang Rasa Sebak

Dipercayai ayah kepada Adlina Marie terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Rakaman video dari ibunya ini pernah viral di media sosial menyaksikan kanak-kanak tersebut sering bertanyakan mengenai ayahnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Tak Kisahlah Kalau Saya Isteri Pertama, Kedua, Ketiga Pun, Bukannya Salah” – Miera Leyana

Trailer Rasmi Pertama Filem THE BATMAN DC FANDOME Lakonan Robert Pattinson