in , , ,

Video Lagu Seloka Hari Raya dan Cahaya Aidilfitri dari Artis SNP

Di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta – Dato’ Siti Nurhaliza telah berduet dengan artis di bawah naungan Siti Nurhaliza Productions mendendangkan lagu Cahaya Aidilfitri (lagu asal Black Dog Bones) dan juga sebuah lagu joget Seloka Hari Raya.

Budiey ada merakam persembahan mereka. Nampak Saida sedih je masa nyanyi lagu Cahaya Aidilfitri.

Bagi Saida, ini adalah tahun ke-2 menjadi artis dan Aidilfitri kali ini sekali lagi membuka ruang kepada mereka untuk mendekati peminat kerana inilah masanya mereka berpeluang menghiburkan para peminat pada majlis-majlis berbuka puasa dan program-program hari raya sebagai artis SNP.

Kepada Saida, Sairah dan Coda… Budiey ucapkan selamat menyambut lebaran ya.



LAGU CAHAYA AIDILFITRI


LAGU SELOKA HARI RAYA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta

Rabbani, Ina Naim & Far East Dalam Daurah NMI Khas Raya