in ,

Video Klip Terbaru Anuar Zain Ajari Aku Featuring Nora Danish

Pada jam 3 petang tadi, video klip terbaru Anuar Zain berjudul Ajari Aku telah dilancarkan oleh [highlight]Anuar Zain Network[/highlight] dan [highlight]Universal Music Malaysia[/highlight]. Kini boleh ditonton di Youtube dan di kaca TV. Jika anda nak search kat Youtube, sila taip Ajari Aku HD sebab jika korang taip Ajari Aku Anuar Zain, memang banyak video klip yang muncul. Atau pun nak senang, sila langgan atau subscribe Youtube channel Anuar Zain Network: http://www.youtube.com/user/anuarzainnetwork

[dropcap]B[/dropcap]udiey telah menonton video klip ini semasa hadir di Majlis Pelancaran Video Klip Ajari Aku yang diadakan di White Box, Publica, Solaris Dutamas. Sangat ohsem video klip ini. tak caya cubala tonton. 🙂

Anuar Zain Ajari Aku

ARAHAN GHAZ ABU BAKAR

[dropcap]V[/dropcap]ideo berdurasi 4:38 minit ini diarahkan oleh pengarah video klip tersohor, Ghaz Abu Bakar yang pernah mengarah beberapa video klip Anuar Zain sebelum ini. Cukup berkarisma dan ada kredibiliti untuk menghasilkan video sejak 10 tahun lalu.

Ya, Budiey pun akui, Ghaz adalah seorang pengarah muda yang berbakat besar dalam menghasilkan visual dan menterjemahkan maksud emosi lagu di skrin dengan gayanya yang dramatik dan tersendiri. Nama Ghaz juga disebut-sebut selepas filem pertama arahannya, Hantu Kapcai meraih jumlah penonton yang ramai.

Sebelum ini, video pertama yang dihasilkan oleh Ghaz Abu Bakar juga adalah video klip lagu Anuar Zain yang berjudul Sesuci Cintamu. Kalau korang masih ingat, dalam video ini, Anuar Zain kena ikat kat kerusi tu. Haa, ingat tak?

Menurut kata Ghaz, bekerja dengan Anuar Zain ni best sebab Anuar Zain tahu apa yang dia nak untuk menyampaikan emosi dalam lagu itu. Anuar Zain dah bersedia siang-siang. Anuar Zain taklah cerewat yang disangka. Yang penting, semuanya dijayakan dengan kerjasama semua pihak.

Berapa kos video klip ini? Tiada jawapan untuk soalan ini kerana pihak Universal Music Malaysia tidak mahu komen lebih lanjut.

Video Rakaman Budiey – Sekitar Pelancaran Muzik Video Ajari Aku Anuar Zain:

Anuar Zain katanya, begitu selesa bekerja dengan Ghaz Abu Bakar dan merasakan Ghaz Abu Bakar adalah pengarah yang layak untuk mengarah video klip ini yang memerlukan Anuar Zain berlakon.

PENAMPILAN NORA DANISH & DATO’ RAHIM RAZALI

[dropcap]Y[/dropcap]ang bestnya, ada penampilan pelakon cantik dan manis, Nora Danish serta seorang ikon seni hiburan yang disanjungi Anuar Zain iaitu Dato’ Haji Rahim Razali. Nora Danish memegang watak sebagai kekasih Anuar Zain dalam video klip ini dan Dato’ Rahim Razali pula sebagai ayah kepada Anuar Zain.

Anuar Zain mengakui wajah seperti pelakon Nora Danish merupakan antara ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri. Dia mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan awal pelakon itu menerusi drama Puteri.

“Nora memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut. Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora.”

Bagaimanapun, perhubungannya dengan Nora Danish tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Aku.

[pullquote align=”right”]Video klip Ajari Aku menjalani pengambaran di Hotel Hyatt Kuala Lumpur yang masih baru dibuka.[/pullquote]

Bagi Anuar Zain, sememangnya satu rezeki untuk beliau dapat bekerjasama dengan Rahim Razali. Kualitinya sangat tinggi, seorang yang legenda yang saya anggap sebagai satu anugerah. Seorang yang memahami dan mutu lakonan bertaraf bintang yang beliau segani.

Nora Danish pula adalah pilihan yang tepat kerana dari segi paras rupa kecantikan yang ada pada Nora, dan juga bakat Nora yang sangat bagus, berjaya melakonkan adegan dalam video klip ini. Kadang-kadang tu, dapat menaikkan bulu roma kerana Nora Danish seorang yang hebat.

Selepas diberi tawaran oleh Ghaz untuk jadi pengantin dan kekasih Anuar Zain, Nora Danish tanpa berfikir panjang terus menyahut cabaran untuk berlakon, tanpa tengok skrip.

ANUAR ZAIN NAFI BERCINTA DENGAN NORA DANISH

[dropcap]A[/dropcap]nuar Zain menafikan beliau berkawan rapat dengan Nora Danish meskipun sangat mengkagumi bakat yang ada pada Nora Danish. Anuar Zain juga menafikan gossip mengatakan beliau pernah makan malam dan keluar dating dengan Anuar Zain. Semua itu adalah khabar angin yang tak betul sebab mereka bekerja dengan profesional semasa di set pengambaran.

Anuar Zain Ajari Aku

DRAMATIK & TWIST

[dropcap]V[/dropcap]ideo muzik ini ada jalan dan plot penceritaannya tersendiri. Cerita yang ringkas dan ada twist di penghujungnya dan akan bersambung di video klip seterusnya. Jika anda dah tonton video klip ini, Nora Danish telah mengalami kemalangan jalan raya dalam perjalanan untuk bertemu Anuar Zain dan terpaksa dirawat di hospital.

[pullquote]Video Ajari Aku akan bersambung dalam video klip Sempurnakan Aku yang akan dilancarkan pada bulan Disember ini.[/pullquote]

Tengok pada kesan khas semasa adegan kereta yang dinaiki Nora Danish kena langgar dalam video klip ini mengingatkan Budiey dengan kesan khas dalam filem Hantu Kapcai.

Menurut Anuar Zain, kedua-dua video ini mengambil masa selama 4 hari untuk disiapkan dan berjalan dengan lancar.

“Saya sentiasa mahu berkongsi minat saya dengan muzik dan mahu memberikan yang terbaik kepada peminat dan pendengar. Hasil dari kerjasama dan idea dari semua pihak, saya merasakan idea dan konsep muzik video kali ini adalah amat berbeza daripada muzik video saya sebelum ini. Saya sangat teruja untuk menghasilkan Ajari Aku untuk tatapan peminat dan siap dalam masa satu bulan.”

Sekurang-kurangnya, video klip lagu ciptaan komposer Indonesia, [highlight]Adrian Martadinata[/highlight] ini merawat kerinduan peminat yang mahu melihat Anuar Zain berlakon. Ia memberi sesuatu yang terbaru dan segar.

Anuar Zain Ajari Aku

ANUAR ZAIN BUAT COMEBACK
[dropcap]S[/dropcap]etelah menonton video klip yang turut dilakonkan oleh Nora Danish dan Dato’ Haji Rahim Razali ini, Budiey merasakan video klip ini bakal mewarnai karier seni Anuar Zain kerana sudah lama Budiey dan peminat AZ tak tengok Anuar Zain berlakon. Kiranya ini boleh kita anggap satu comeback Anuar Zain untuk berlakon kembali selepas beliau tak nak berlakon lagi. Jadi, walaupun beberapa babak, sikit sebanyak kerinduan peminat untuk melihat Anuar Zain berlakon tu terubat.

Video klip Ajari Aku ini juga menjulang kredibiliti dalam senarai pencapaian atau profile Anuar Zain yang mana menampilkan kekuatan rasa cinta dan kasih sayang dari seorang kekasih

Anuar Zain sendiri mengakui dia tak sabar untuk melihat reaksi peminat yang menonton video ini. Segala komen akan diambil untuk meningkatkan lagi mutu di video yang seterusnya. Anuar Zain menyerah segalanya kepada pendengar dan peminat untuk menilainya.

Pastikan anda semua menantikan kesinambungan muzik video ini menerusi lagu Sempurnakan Aku pada bulan Disember ini.

Untuk info lanjut pembaca boleh LIKE Facebook Anuar Zain Network: www.facebook.com/AnuarZainNetwork dan anda semua boleh menonton video klip ini di:

www.youtube.com/user/anuarzainnetwork

Sekitar Sidang Media Muzik Video Ajari Aku Anuar Zain

Anuar Zain Ajari Aku

Anuar Zain Ajari Aku

Anuar Zain Ajari Aku

Anuar Zain Ajari Aku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anuar Zain di Pelancaran Muzik Video Ajari Aku

Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik Cinta dan Sanubari