in , ,

Video Jebat Jayden Luah Perasaan, Netizen Suruh Sharnaaz Ahmad Letak ‘Subtitle’

Macam ni la budak-budak meluahkan perasaan. Baru je berusia dua tahun lebih, sudah tentu la anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden masih belum fasih untuk bercakap, tapi kata orang masih lagi nak meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati dia.

Baru-baru ini, Sharnaaz ada memuat naik satu video berdurasi 2 minit menunjukkan Jayden sedang menangis sambil bercakap dalam bahasa yang kurang difahami di dalam kereta sehingga membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa punca menyebabkan si kecil itu menangis.

Walaupun belum fasih bercakap tetapi Jayden masih lagi berusaha untuk meluahkan perasaannya kepada Sharnaaz dengan menggunakan bahasa ‘asing’.

Dan nampaknya gelagat Jay den itu membuatkan ramai yang terhibur dan bersimpati terhadap Jayden dan yang kelakar ada netizen berharap agar Sharnaaz dapat meletakkan subtitle supaya mereka dapat memahami apa yang dikatakan oleh Jayden.

Nampaknya itu sahaja perkataan yang boleh kita fahami daripada video tersebut.

Rupa-rupanya di akhir video kita dapat kenal pasti punca Jayden menangis meluahkan perasaan sedihnya itu.

Punca mengapa Jayden jadi begitu ialah keran si kecil itu mahu bermainan perminan bowling ketika berada di dalam kereta sambil kereta bergerak.

Alamak Jayden, memang la tak boleh sebab kereta bergerak nanti jatuh juga pin bowling tu!

SHARNAAZ AHMAD
SHARNAAZ AHMAD

Apa pun semoga Jayden dapat membesar menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada kedua ibu bapanya. Inshaallah, amin. 

Sumber video dan foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Artis Malaysia Sepatutnya Boleh Jadi Jutawan…” Pembahagian Keuntungan Tidak Seimbang, Ini Komen Ziana Zain

Bintang Shaolin Soccer Ng Man Tat Meninggal Dunia di Usia 70 Tahun