in , , , ,

Video DIMATAMU Sufian Suhaimi di AJL33 Cecah 2 Juta

Sebalik rasa duka terpendam yang menyelinap masuk dalam diari kehidupan peribadi penyanyi Sufian Suhaimi, lagi ini seolah memberi hikmah terindah untuk perjalanan karier setelah video muzik mendapat 50 juta tontonan.

Kali ini, sejarah kejayaan berulang, video persembahan epic Sufian di AJL pula mendapat perhatian gara-gara ada drama yang tercetus sehingga menggamit 1 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Lebih manis, Sufian menjulang trofi kemenangan untuk Persembahan Terbaik AJL33.

Video persembahan terbaik AJL ini dapat meninggalkan jauh terpelanting semua persembahan yang lain termasuklah video persembahan juara AJL iaitu HARAM, mahupun video persembahan naib juara BUNGA dari Ara Johari dan tempat ketiga iaitu persembahan Misha Omar – SAMPAI BILA.

Video Siaran Langsung dari Youtube TV3 Malaysia kini dah pun mencecah 2 juta tontonan.

Ironinya, persembahan ini menggunakan set pelamin seakan sama dengan pelamin yang digunakan ketika majlis pernikahan Elfira Loy dan juga lampu Chandelier di majlis resepsi sehingga menarik perhatian untuk Elfira meluahkan rasa di Twitter. 

Pihak Youtube TV3 juga telah mengeluarkan video lirik untuk persembahan ini.

Tahniah Sufian Suhaimi yang berjaya meletakkan persembahan ini antara momen yang trending di AJL33.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lokasi Pawagam Tayang THE NEW KING OF COMEDY

Sufian Jawab Tweet Elfira & Pelamin DIMATAMU Persis Majlis Nikah Elfira