in ,

Video Berzumba Bersama di Hotel Concorde Shah Alam

Baru-baru ini BudieyBuddies telah dijemput oleh pengurusan Hotel Concorde Shah Alam untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dengan pengamal Zumba dari seluruh Malaysia pada event Zumba: Hermann Melo Asian Tour. Dengarnya, sambutan cukup hangat sehingga penganjur kehabisan wristband ini kerana ramai lagi yang ingin hadir walaupun pada hari berlangsungnya iaitu pada 23 Ogos 2015, hari Ahad lepas. Fuh, apabila kami sampai di lokasi, kami dapati 80% yang hadir rata-ratanya terdiri dari wanita.

Seramai lebih kurang 1000 orang telah memenuhi Grand Ballroom, tingkat 2 dan mereka bersiap sedia dengan pakaian sukan untuk bersama-sama instructor terkenal. Mereka yang datang bukan sahaja dari Malaysia malah seluruh negara Asia.

Menurut wakil Hotel Concorde Shah Alam, Zumba merupakan salah satu daya tarikan untuk penjagaan kesihatan yang bagus dan kini ia trending dan digemari oleh golongan wanita khususnya. Oleh kerana itu, Hotel Concorde Shah Alam cukup merasa amat perlu menjadi penaja lokasi untuk acara seperti ini.

Pihak hotel sebagai penaja lokasi begitu berpuas hati dan sangat gembira dengan sambutan hangat yang diterima. Zumba bukan sahaja sejenis senaman yang efektif malah ia dapat memberikan kita rasa gembira kerana ia menggabungkan tarikan, gerakan aerobik dengan iringan muzik yang rancak.

Budiey sempat menemubual para peserta yang hadir sejurus selepas acara berlangsung dan kebanyakannya rasa sangat teruja dan seronok sebab dapat berkumpul bersama dengan komuniti Zumba yang datang dari seluruh negara Asia.

Budiey juga berpeluang menemubual Hermann Melo, Zumba® Education Specialist yang berasal dari Columbia. Beliau bukan calang-calang orang. Berada di sebelahnya, Budiey dapat rasakan aura positif dan juga energi yang ada pada dirinya dapat meresap masuk sampai kepada kita juga. Hermann Melo sangat teruja kerana dapat bertemu dengan peminat Zumba dan beliau yang kini sibuk dengan rangka siri jelajah seluruh negara Asia sangat terkejut dengan sambutan yang diterima. Beliau tidak keberatan untuk datang lagi dan mahukan sesuatu yang lebih gempak dari ini.

Dengarnya, pada bulan September ini, Hermann Melo terlibat sama untuk menjayakan konsert bersama penyanyi terkenal, Ricky Martin.

Jom saksikan aksi kami berzumba serta temubual eksklusif kami bersama Zen Herman Melo @hermannzumba di saluran youtube Budiey.com

Klik Sini: https://youtu.be/0zeQ5mgL39E

Jangan lupa untuk LIKE, SHARE dan COMMENT video ini.

Sempat Menemubual Instructor Zumba Terkenal Di Seluruh Dunia, Hermann Melo Yang Mengepalai Acara Zumba At Concorde Shah Alam. Cukup Energi &Amp; Bersemangat Orangnya. Thank You @Concordehotelsa For Inviting Me.

Zumba Di Hotel Concorde Shah Alam

Video Berzumba Bersama Di Hotel Concorde Shah Alam

Video Berzumba Bersama Di Hotel Concorde Shah Alam

Video Berzumba Bersama Di Hotel Concorde Shah Alam

Zumba Di Hotel Concorde Shah Alam

Zumba Di Hotel Concorde Shah Alam

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Amari Ocean Pattaya

Video Dato’ Siti Nurhaliza di JoHaRa Pagi ERA Trending di Youtube Malaysia