in

Video Azzam Nyanyi Lagu Kekasihku Masa Final Idola Kecil 2

Idola Kecil musim ke-2 telah pun berlalu. Namun, ramai para remaja dan adik-adik semua masih lagi menang dan masih lagi mahu mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan semasa pertandingan final. Azzam terutamanya ada ramai sangat peminat. Itu keistimewaan Azzam. Bila dah ada peminat yang ramai, jadi boleh bertahan agak lama dalam industri.

Showmanship Azzam untuk lagu Kekasihku yang sebenarnya ditujukan khas untuk bondanya ini mengingatkan Budiey dengan persembahan Vince semasa final AF musim pertama. Ada penghayatan yang begitu mendalam. Ramai yang menitis air mata terharu dengan persembahan vokal dan lenggok Azzam. Pakaian pun smart dan rambutnya pun sebijik macam pencipta lagu ini iaitu Ajai.

Budiey rasa, Azzam boleh pergi jauh dan akan menjadi bintang penghibur pada masa akan datang. Teruskan usaha untuk menjadi artis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Adnan Semp-it

Faizal Yusop Bekas Suami Siti Nordiana Kahwin Hari Ini