in

Video Aaron Aziz Jadi Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia

Semua peserta Fear Factor Selebriti Malaysia dan hos Aaron Aziz sudah sampai di Cape Town, Afrika Selatan. Pengambaran telah bermula pada hari ini. Program realiti yang mencabar peserta mencuba pelbagai cabaran sukar ini menawarkan hadiah wang tunai RM200,000. Sangat lumayan Budiey kira. Kalau Budiey tak silap semua menetap di Rockwell Hotel di Bandar Capetown.

Sebelum pengambaran bermula, peserta, hos dan rombongan diberi masa untuk berehat dan berjalan-jalan di lokasi pelancongan yang menarik sekitar Capetown, Afrika Selatan termasuklah di Waterfront Capetown South Africa, Table Mountain dan banyak lagi.

Video Aaron Aziz Jadi Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia

Budiey difahamkan semua selebriti yang terlibat telah melakukan pelbagai persediaan termasuklah persiapan dari segi cardio dengan menjalani sesi latihan di gimnasium.

Antara cabaran yang menanti peserta ialah berada di tempat yang tinggi, cabaran dalam air dan cabaran di tempat gelap. Bermakna tiada cabaran dari segi makanan dan setiap cabaran pastinya bersesuaian dengan budaya yang tidak menjejaskan sensitiviti masyarakat tempatan.

Bila Budiey tanya, pasangan mana yang menjadi saingan sengit, ramai yang mengakui pasangan Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Faiz dan Jehan Miskin. Tak kurang juga kumpulan Alam Wakaka Crew dan pasangan Arja Lee. Tapi tak boleh cakap juga sebenarnya, kadang-kadang, team yang kita tak sangka pula yang akan jadi juara.

Selain menampilkan aktor popular, Aaron Aziz selaku pengacara, program ini bakal menyaksikan persaingan sengit barisan artis dan selebriti terkenal iaitu Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Kaka Ashraff, Ezlynn, Hefny, hafizul, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM, Yassin dan Roslan Shah.

Aaron Aziz Gambit Saifullah

Aaron Aziz Gambit Saifullah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Merisik Pereka Fesyen Ezuwan Ismail & Zahie Omar

Taking Matters in His Own Hands: The Story Behind Eric