in ,

Versus Minggu ke 5 Bertemakan Era 90an

Pertarungan Versus minggu kelima kali ini memberi cabaran paling hebat buat 6ixthsense, Black & Parallax, Go Gerila! Hujan dan Sofazr apabila mereka perlu membawakan lagu-lagu pop era 90-an.

Bayangkan 6ixthsense dengan lagu ‘Fiona’ (nyanyian 4U2C), Black & Parallax membawa lagu dangdut ‘Bulan Cinta’ (nyanyian Eva), Go Gerila! Dengan lagu ‘Untukmu’(kumpulan Feminin), Hujan pula membawakan lagu KRU iaitu ‘Mengerti’ dan akhirnya Sofazr dengan lagu rentak hip hop dendangan Nico iaitu menerusi lagu ‘Inilah Nasibku’.

Bagaimanakah hasil lagu yang bakal digubah semula oleh lima kumpula kreatif ini nanti? Kalau nak dengar, jangan lupa untuk datang ke Space U8, 8.30 malam pada 11 Mei ini nanti.

Versus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Merchandise One Direction

Hot Guys Who Cook Diva Universal Asia