in , ,

UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL Jadi Mangsa Rakaman Secara Haram

Zaman sekarang ni, semua benda nak buat live. Termasuklah ada yang tergamak buat FB LIVE dan Youtube semasa menonton filem di pawagam. Sehingga pihak pawagam terpaksa meletakkan telefon bagi memudahkan sesiapa yang melihat kejadian merakam ini melaporkan kepada pihak yang berwajib.

Filem yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dikatakan menelan belanja RM20 juta tapi senang-senang je ada pihak tak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan. Aduyai, senang-senang je ek buat rakaman dan tayang kat pawagam. Bukan dapat duit pun hasil tayangan tu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Malaysia, Ahmad Idham mendedahkan perkara tersebut setelah mendapat aduan daripada pihak penerbit.

Upin &Amp; Ipin: Keris Siamang Tunggal

“Produser filem ini iaitu Burhanuddin Md Radzi telah mengadu kepada saya babawa sudah ada penonton merakam visual empat minit dan memuat naik di YouTube.

“Mujurlah, kami (Finas) mempunyai pasukan khas yang sememangnya bertindak memantau perkara ini serta berjaya memadamkan rakaman tersebut daripada terus viral,”

– Ahmad Idham
Upin &Amp; Ipin: Keris Siamang Tunggal

Menurutnya, beliau berharap agar semua pihak terutama pihak pawagam sentiasa memantau dan meningkatkan tahap pengawasan di dalam pawagam.

Jelasnya lagi, sejak dilantik sebagai CEO Finas, isu berkaitan rakaman dan muat naik karya secara haram ke dalam internet menjadi salah satu keutamaannya.

“Kalau penonton ada ternampak aktiviti rakaman ketika tayangan, terus saja laporkannya kepada pihak pawagam untuk tindakan selanjutnya.

“Saya sangat memandang serius perkara ini untuk membantu penerbit tempatan yang terpaksa berdepan dengan isu-isu seperti ini,”

– Ahmad Idham

Beliau juga akui tidak teragak-agak menggunakan kapasiti sebagai CEO untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terbabit dalam aktiviti berkaitan.

Mana-mana pihak atau individu yang melakukan kesalahan tersebut boleh didakwa di bawah Akta Hak Cipta 1987 dengan pesalah boleh dikenakan tindakan dan denda sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Penghasilan filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menelan belanja RM20 juta dan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan 100 peratus kepakaran anak tempatan mula ditayangkan sejak 21 Mac lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amyra Rosli | 19

Jom Jumpa Ben Ladin & Amyra Rosli di Pelancaran POPSICAL Malaysia

Sentuhan Klasik Rizman Ruzaini Bride of The Year 2019 Milik Fasha Sandha?