in ,

Universal Music Malaysia & Allianz Malaysia Bangkitkan Semangat Menerusi Single WE CARE

Rebut peluang untuk tampil dalam video muzik bersama Alvin Chong, Dolla, Jannine Weigel dan Nicole Lai, serta acara larian secara maya dan konsert siaran langsung yang akan datang.

Demi membangkitkan semangat dalam usaha memerangi penularan pandemik COVID-19, pelopor syarikat muzik Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) bekerjasama untuk menghasilkan single terbaru yang bakal dilancarkan pada bulan ini. Selain itu, larian maya dan konsert siaran langsung bakal diadakan pada April 2021.

Kolaborasi istimewa bersama Allianz We Care Community ini bakal dimulakan dengan pelancaran sebuah lagu khas daripada Universal Music Malaysia berjudul “We Care” dan ia juga merupakan satu inisiatif yang memberikan perlindungan COVID-19 dan manfaat penjagaan kesihatan percuma kepada pelanggan Allianz Malaysia dan juga mereka yang bukan pelanggan.

Lagu “We Care” dipersembahkan secara eksklusif oleh penyanyi dwibahasa terkenal Malaysia iaitu Alvin Chong, kumpulan pop yang sedang meningkat naik Dolla, bintang pop Thai-German Jannine Weigel dan penyanyi lagu Mandopop Malaysia Nicole Lai.

Universal Music Malaysia & Allianz Malaysia Bangkitkan Semangat Menerusi Single WE CARE
WE CARE

Lai – yang menandatangani kontrak bersama Universal Music pada Oktober 2020 – turut menyumbangkan sentuhan kreatifnya dengan menulis lirik Mandarin dalam projek pertama bersama Universal Music Malaysia ini. “We Care” juga merupakan lagu pertama bagi kesemua anggota Dolla untuk menyerlahkan bakat rap mereka.

Lagu “We Care” diinspirasikan oleh situasi pandemik 2020 yang telah mengubah kehidupan masyarakat seluruh dunia. Sokongan sesama masyarakat adalah sangat penting pada masa ini. Oleh itu, lagu ini diharapkan dapat memperkukuhkan semangat pendengar untuk terus cekal dan tabah.

Menterjemahkan mesej positif menerusi lagu ini, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia juga berharap lagu ini akan menginspirasi orang ramai untuk tidak berputus asa dalam menentang pandemik dan terus menyokong satu sama lain dalam tempoh sukar ini.

Universal Music Malaysia & Allianz Malaysia Bangkitkan Semangat Menerusi Single WE CARE
DOLLA

“Kolaborasi ini merupakan kerjasama strategi kreatif pertama yang mengetengahkan bakat artis-artis kami dalam menyalurkan kekuatan kepada orang ramai terutamanya dalam masa yang tidak menentu ini, menerusi suara mereka dalam sebuah lagu khas yang dihasilkan oleh produser muzik bertaraf ‘multi-platinum’, Bryan B.

“Dengarkan single terbaru ini di platform penstriman digital (DSP) pilihan anda,” kata Pengarah Kanan Perniagaan Baru dan Selebriti 360 Universal Music Malaysia, Kim Lim.

“Sebagai penanggung insurans, kami sentiasa meneliti peranan kami dalam kehidupan pelanggan. Matlamat Allianz We Care Community adalah untuk memupuk dan membina komuniti inklusif yang berdaya tahan dalam menangani situasi mencabar dan sentiasa ada bersama rakyat Malaysia ketika mereka memerlukan bantuan.

“Lagu We Care merupakan salah satu inisiatif baru yang diilhamkan daripada aspirasi untuk memupuk semangat positif dalam masa yang tidak menentu ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Joseph Gross.

Diterbitkan oleh Universal Music Malaysia, “We Care” akan dilancarkan di platform penstriman digital utama termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer pada 15 Januari 2021.

Untuk merancakkan lagi video muzik rasmi “We Care” yang akan ditayangkan pada Februari 2021, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia akan memberikan peluang kepada dua orang pemenang istimewa untuk tampil dalam video muzik tersebut bersama keempat-empat penyanyi hebat ini. Kongsi kisah COVID-19 anda di (http://umusic.digital/sharethecare/) dan berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada bintang video muzik tersebut. 

Semua peserta akan menerima perlindungan COVID-19 percuma di bawah Allianz We Care Community. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain daripada kolaborasi lagu ini, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia juga akan menganjurkan larian maya We Care dan konsert siaran langsung pada bulan April 2021, di mana hasil daripada kutipan larian maya ini akan disalurkan kepada organisasi amal.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @universalmuzikMY dan @AllianzMalaysia di Facebook, serta @universalmusic_my dan @allianzmalaysia di Instagram.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Pertama Gelagat Fatima, Anak Fazura & Fattah Ditonton Hampir 900,000 Tontonan

“Makhluk Allah Paling Indah,” Penampilan Neelofa Dipuji Peminat Walaupun Bertudung Bawal