in , ,

Undian Penonton Tentukan Pengakhiran OH MY GANU 2

Selepas kejayaan dan maklum balas positif terhadap telefilem Oh My Ganu yang ditayangkan pada bulan November 2013, Astro dengan bangganya memeriahkan kehadiran tahun baru 2016 dengan sambungan telefilem tersebut, Oh My Ganu 2 yang akan bersiaran secara eksklusif pada 16 Januari 2016, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan juga dalam definisi tinggi (HD) di Astro Maya HD (Saluran 135).

Oh My Ganu 2! adalah telefilem kelima dalam siri Oh My English selepas Oh My Ganu!, Oh My English – Hello America, Oh My English: Villa Isabellaaa! dan Oh My Goat – Come Baaack!! Telefilem ini menyaksikan kemunculan semula Zizan Razak sebagai Zizang, musuh lama Mr Henry Middleton (Zain Saidin) yang turut sama ingin memikat Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah).

Untitled

Istimewanya kali ini, Astro membawakan pengalaman tontonan yang nyata berbeza di mana dua versi pengakhiran cerita ini telah pun dirakamkan. Buat pertama kalinya dalam Oh My English, penonton diberikan kuasa untuk memilih pengakhiran yang mana menjadi pilihan mereka; dengan mengundi sama ada Cikgu Ayu akan bersama Zizang ataupun Mr Henry Middleton.

Oh My Ganu Print

Undian Penonton Tentukan Pengakhiran Oh My Ganu 2!

Kisah bermula apabila Cikgu Ayu dan Mr Henry sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku, CIkgu Ayu hilang ingatan selepas terlibat dengan satu kejadian yang tidak diingini. Hal ini telah membuka peluang kepada saingan lama Henry, Zizang yang merancang merampas kembali cinta Cikgu Ayu. Adakah Cikgu Ayu berjaya mendapatkan kembali ingatannya dan meneruskan perkahwinannya bersama Henry ataupun sebaliknya menerima ZIzang sebagai pasangan hidupnya? Semuanya terletak di tangan penonton dan peminat Oh My English!

Izzue Islam, akan kembali memainkan watak Aiman, adik kepada Cikgu Ayu. Bekas pelajar SMK Ayer Dalam sebelum ini seperti Azlin (Izara Aishah) dan Jibam (Akhmal Nazri) akan turut bersama memeriahkan telefilem ini bersama-sama wajah-wajah kelas 5 Merah yang disayangi ramai; See Yew Soon (Roax Tan), Zack (Juzzthin), Mazlee (Zhafir Muzani) dan Jojie (Nadiya Nisaa), yang di dalam misi membantu Cikgu Ayu mengembalikan kembali ingatannya. Penonton juga pasti akan terhibur dengan penampilan istimewa Dato Rahim Razali sebagai Tok Kadi.

Untitled

Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro berkata, “Oh My English! Class of 2015 telah menerima maklumbalas yang sangat memberangsangkan dengan lebih 7.8 juta rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat telah menonton musim terbaru rancangan ini untuk mempelajari percakapan seharian dalam Bahasa Inggeris selain melihat gelagat pelajar-pelajar SMK Ayer Dalam. Untuk itu, bagi menghargai sokongan mereka selama ini yang tidak berbelah bahagi, kami memberi kuasa kepada mereka untuk menentukan pengakhiran telefilem Oh My Ganu 2!, di mana undian mereka akan membantu Cikgu Ayu memilih sama ada Mr. Middleton ataupun Zizang sebagai pasangannya. Tiada apa lagi yang lebih berharga daripada pengalaman bersama dengan karakter-karakter ini selama 4 tahun”.

Penonton boleh memilih untuk menentukan pengakhiran telefilem versi Henry (#TeamHenry) ataupun pengakhiran telefilem versi Zizang (#TeamZizang) dengan menyertakan hashtag pilihan mereka di akaun Twitter masing-masing ataupun dengan cara mengundi di laman sesawang rasmi Oh My English, www.ohmyenglish.com.my.

Mereka boleh mengundi berulang kali bermula 27 Disember 2015 lalu jam 7 petang sehinggalah ke hari tayangan perdana Oh My Ganu 2!, 16 Januari 2016 jam 9 malam. Keputusan undian terkini boleh dilihat di laman sesawang Oh My English dan juga Astro TVIQ, namun 2 jam sebelum tayangan, ianya akan dirahsiakan bagi memberi debaran kepada semua penonton. Pengakhiran cerita dengan undian tertinggi akan dimainkan di akhir telefilem.

“Kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas sokongan mereka yang berterusan dan kami berbangga diiktiraf sebahai Rakan Strategik Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak lupa juga, penasihat kandungan bahasa Inggeris kami, British Council dan rakan produksi, Red Communications. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Xpax dan Vitagen di atas sokongan serta kerjasama mereka selama ini.”

Tampil pelakon-pelakon popular tanahair termasuklah Zizan Razak, Dato Rahim Razali, Izzue Islam dan Izara Aishah

[pullquote]P[/pullquote]eminat Oh My English! boleh mendapatkan berita terkini dan berinteraksi bersama rancangan ini melalui media sosial – sama ada di Facebook (Oh My English), Twitter (@Oh_My_English), YouTube (Oh My English!) atau Instagram (@ohmyenglish). Eksklusif untuk telefilem ini, kemeja T edisi istimewa Oh My Ganu 2! boleh didapati di ohmyenglish.3ciety.com, khas untuk peminat-peminat Oh My English.

Layari laman sesawang rasmi Oh My English!, www.ohmyenglish.com.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang menonton tayangan perdana Oh My Ganu 2! Di Astro TVIQ (Saluran 610) dan juga Astro Maya HD (Saluran 135) pada 16 Januari 2016, jam 9 malam.

Untuk melanggan Astro, hubungi kami di talian 03-95433838 ataupun layari www.astro.com.my.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Penaja Utama:
Xpax
Xpax is Celcom Axiata Berhad’s main prepaid brand, represents more than half of Celcom’s 10.2 million prepaid subscribers. Xpax is a brand that personifies youth lifestyle and provides the best in internet for its customers. With the launch of Magic SIM, customers can enjoy FREE Basic Internet, FREE Hi-Speed Internet, FREE Calls & SMS and more. Magic SIM gives FREE internet more than anyone else. You’ll never let it go. For more info log on to www.xpax.com.my

Penaja Bersama:
Vitagen
The latest Oh My English! telemovie called Oh My Goat – Come Baaack! is sponsored by Vitagen, Malaysia’s No. 1 Cultured Milk Drink. Every bottle of Vitagen contains billions of live and active bacteria cultures, namely Lactobacillus acidophilus and Lactobacillus casei which help hinder the growth of bad bacteria in the intestines to provide a healthier digestive system and a stronger immune system.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Savoy Homann Bidakara

Sekitar Majlis Pelancaran & Tayangan Media Telefilem OH MY GANU 2!