in ,

Ummi Nazeera Nafi Kahwin Tahun Depan

Pelakon cantik manis, [highlight]Ummi Nazeera [/highlight]menafikan yang dia bakal berkahwin pada tahun hadapan seperti yang didakwa oleh beberapa blog hiburan tempatan.

[pullquote align=”right”]”Saya tak pernah cakap nak kahwin tahun depan.”[/pullquote]

[dropcap]M[/dropcap]enurut bintang Hikayat Merong Mahawangsa ini, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan kepada mana-mana pihak tentang perancangan perkahwinannya. Ummi kini sedang bercuti selama tiga daripada penggajian dan pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, Ummi tidak menafikan yang dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka yang dikaitkan dengannya pada Februari lalu. Menurut Ummi jejaka itu merupakan seniornya di universiti dan kini sudah pun pulang ke Malaysia kerana sudah tamat pengajian.

Gambar Kekasih Ummi Nazeera Teman Satu Universiti

“Saya pun tidak tahu macamana cerita tentang perkahwinan ini boleh tersebar. Saya tidak pernah beri sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak. InsyaAllah, jika ada jodoh saya dengan dia, saya akan terima. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk memikirkan soal kahwin. Paling penting sekarang, saya perlu tamatkan dahulu pengajian,” ujar Ummi yang kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang perniagaan di Royal Melbourne Institute of Technology.

Tambah Ummi lagi, dia sebenarnya belum bersedia untuk berkahwin kerana berpendapat usianya masih terlalu muda. Bagi Ummi, lebih baik dia beri tumpuan pada pelajaran kerana dia punya perancangan untuk mempunyai perniagaan sendiri.

[pullquote]”Saya masih muda dan masih belum bersedia.”[/pullquote]

“Sejujurnya, saya belum bersedia untuk berkahwin. Kami masih muda. Saya baru berusia 22 tahun, manakala dia pula berusia 26 tahun. Kami telah pun berbincang tentang perkara ini. Saya punya syarat-syarat tertentu sebelum melangkah ke alam perkahwinan, dan dia juga punya syarat-syarat tersendiri. Tengoklah macamana keadaannya nanti.”

Dalam masa yang sama, Ummi juga menafikan percintaannya dengan jejaka bernama Aizat ini adalah kerana dia sudah serik bercinta sesama teman artis.

“Saya tidak kisah bercinta dengan sesiapa pun. Status tidak penting, asalkan lelaki itu mempunyai latar belakang yang baik, beragama dan juga berpendidikan. Itu sudah memadai.”

Dalam perkembangan lain, Ummi Nazeera akan menyertai delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik yang berlangsung di Macau, China bermula 14 hingga 16 Disember ini. Jelas Ummi, dia sangat teruja dengan penyertaannya itu memandangkan ini kali pertama dia mendapat peluang sebegitu.

“Saya harap Hikayat Merong Mahawangsa akan memenangi mana-mana kategori yang dipertandingkan. Memang saingan nanti sangat sengit, tetapi filem ini ada kekuatan tersendiri. Saya memang sangat teruja apabila ditawarkan untuk mengikuti delegasi Malaysia. Ini peluang untuk saya timba pengalaman baru memandangkan ini kali pertama saya terlibat dengan acara ini,” ujar Ummi mengakhiri perbualan.- Portal GUA

Ummi Nazeera

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy Camera Yang Mesti Dimiliki

Gambar Siti Nurhaliza di Malam Gala Pink Jazzy Affair