in ,

Ummi Nazeera Kehilangan Insan Tercinta Setelah Ayahnya Meninggal Dunia

Ayah kandung kepada pelakon popular Ummi Nazeera telah disahkan meninggal dunia pada malam tadi.

Berkongsi menerusi Instagram miliknya, Ummi memberitahu jenazah bapanya sudah selamat dikebumikan.

“Innalillah wainna ilaihirojiun.. Untuk pengetahuan semua… Ayah kandung saya Zainul Abadin bin Mat akhir baru saja kembali ke rahmatullah tengah malam semalam.. Dan sudah selamat dikebumikan pagi tadi…

“May Allah forgive him, have mercy on him.. give him strength and pardon him. Be generous to him and cause his entrance to be wide.. and wash him with water and snow and hail.. Cleanse him of his transgressions as white cloth is cleansed of stains. May Allah enter him into paradise and protect him from the punishment of the grave and punishment of the Hell fire. Semoga amalan papa diterima Allah SWT,” tulisnya.

Dalam pada itu, ramai peminat serta rakan-rakan artis yang turut mengucapkan takziah atas pemergian bapanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vokal Mania Tetap Bersiaran Sabtu Ini, Aina Abdul Bakal Buat Persembahan Dari Rumah

“Kita Juga Ada Aib Yang Allah Simpan” – PU Syed Minta Netizen Henti Selongkar Pasal Da’i Syed