in , ,

Ulasan Tayangan Perdana Drama DENDAM SEORANG ISTERI

Meletop dan panas! Tayangan Perdana drama baru Astro Prima bertajuk “Dendam Seorang Isteri” telah ditayangkan di laman Youtube Gempak pada 4 Mac lalu.

Tentu ramai yang tak sabar menunggu gandingan mantap ‘telenovela queen’ Fasha Sandha bersama Nad Zainal.

Drama DENDAM SEORANG ISTERI merupakan adaptasi daripada drama hebat Korean TEMPTATION OF WIFE yang sehingga kini dianggap antara drama telenovela terlaris di Korea Selatan.

Selain dari Malaysia, negara Filipina juga berjaya menjayakan adaptasi drama ini.

Berikut ialah perkara-perkara menarik tentang drama ini yang dapat disaksikan melalui Tayangan Perdana tersebut;

  • Hasil terbitan pengarah tersohor Sharulezad Mohemedin ( @budakijat)
    • Sharulezad Mohemedin merupakan sebuah nama yang besar dalam dunia naratif TV. Setiap hasil karyanya dipandang tinggi oleh penonton tempatan kerana kebolehannya menyediakan kisah yang dekat dengan masyarakat dan penuh komentar sosial. 
  • Fasha Sandha yang tetap cantik
    • Fasha Sandha memainkan watak seorang isteri yang teraniaya, walau begitu ‘telenovela queen’ kita tetap cantik dan ayu sebagai Amira di dalam drama ini.
  • Nad Zainal yang vogue
    • Hanya perkataan ‘vogue’ mampu admin pakai untuk menggambarkan wardrobe Nad Zainal dalam drama ni. Nad memainkan watak “Kirana”, adik angkat Amira yang pulang untuk merampas suami Amira yang sudah lama dia cintai.
  • Penonton yang tak sabar

Berdasarkan komentar-komentar yang diberikan selepas menonton Tayangan Perdana, nampaknya ramai yang tidak sabar dengan drama yang turut menampilkan lakonan hebat Wan Raja dan Aidit Noh ini. 

Drama Dendam Seorang Isteri turut dijayakan oleh Roy Azman, Dian P.Ramlee, Zaryn Min dan ramai lagi. 

Nantikan drama terbaru “Dendam Seorang Isteri” di Astro Prima jam 6 petang, setiap Isnin hingga jumaat bermula 21 Mac 2022, kalau terlepas anda juga boleh tengok di Astro Go & On-Demand!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Get Set for The 3.15 HUAWEI Mega Day on Shopee!

MARGOSA

Misi Margosa Tawan Industri Muzik Arus Perdana, Pertaruhkan Lagu CINTA PASTI BERSATU