in ,

Ulasan Penonton Filem THE 5TH WAVE

Ini dia ulasan saya tentang filem THE 5TH WAVE merupakan filem yang berasal dari Amerika Syarikat dengan genre Sci Fiction dan Thriller.

THE 5TH WAVE ini mengisahkan tentang Inovasi yang dilakukan oleh sekumpulan alien yang telah turun menyerang ke bumi yang terjadi dalam 4 gelombang (EMP, Tsunami, Penyakit Wabah Darah & Perendam). Serangan dari 4 gelombang telah menghancurkan sebahagian dari permukaan Bumi dan telah menjadikan suasana porak peranda serta kemusnahan dan kamatian dimerata tempat.

Watak Utama Filem ini diterajui oleh Chloe Grace Moretz Sebagai Cassie Sullivan. Serangan gelombang ke2 telah menyebabkan kematian ibunya dan bapanya pada gelombang ke4. Lebih menyayat hati apabila Cassie juga telah terpisah daripada adiknya iaitu Sam yang telah dibawa ke Kawasan perlindungan Tentera.

Dalam keadaan ketakutan dan perasaan tidak percaya kepada apa sahaja disekelilingnya Cassie tetap berusaha keras untuk menjejaki adik lelakinya sehingga Cassie berjumpa dengan Evan Walker lakonan Alex Roe yang telah menyelamatkan Cassie yang telah tidak sedarkan diri akibat daripada terkena tembakan pada kaki kanannya
Siapakah Evan sebenarnya? Apa yang akan terjadi kepada gelombang ke5 iaitu gelombang yang terakhir? Adakah Cassie berjaya menjejaki dan menyelamatkan adik lelakinya? Apakah terjadi kepada Bumi?

Untuk mengetahui kesudahan cerita ini jangan lupa untuk menyaksikan THE 5TH WAVE di pawagam-pawagam berdekatan anda. Banyak element-element baik dapat kita ambil dari filem ini. Filem ini juga sesuai untuk tontonan umum.

Saya bagi 4.5/5 untuk Filem ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azian Mazwan Sapuwan Buka Mulut Kes Anak Curi Motorsikal

Arja Lee Dikecam Setelah Muat Naik Video Berseluar Dalam