in , ,

Ulasan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Balada

Kegagalan Lagu Bisakah Siti Nurhaliza: Satu kejutan?

Budiey terkilan sangat-sangat kerana lagu Bisakah ciptaan Aubrey Suwito dan liriknya hasil nukilan Tessh RS tidak berjaya melangkah ke pentas final AJL22. Antara sebab yang saya rasa mengapa lagu nyanyian Siti Nurhaliza ini tidak terpilih adalah kerana komposisi lagu tersebut tidak berapa kuat dari segi irama walaupun mesej positif jelas digarap begitu indah dalam lagu ini.

Ramai peminat Siti Nurhaliza kecewa untuk melihat Datok Siti Nurhaliza kembali beraksi di pentas akhir. Penampilan Siti macam biasa nampak anggun namun saya tidak gemar dengan gaya rambut Siti pada malam tadi. Nampak macam berserabut dengan jambul tingginya. Siap mikrofon pun menghelit-ghelit dengan labuci macam berlian bagai.

Memandangkan persaingan begitu sengit terpaksa dilalui dengan 5 buah lagu yang lebih gah dari persepektif juri. Anggaplah lagu Bisakah menduduki senarai ke-6 dalam carta juri malam tadi. Memang satu sejarah yang pahit apabila 4 tahun berturut-turut memenangi AJL dan hanya 2 tahun Siti Nurhaliza berehat seketika, lalu langkah permulaan ke AJL selepas Siti barkahwin terhalang dengan kegagalan ini. Kesian sangat-sangat. Huhu!

Kegagalan lagu Bisakah menempa ke peringkat akhir menyangkal dakwaaan di mana TV3 akan mengambil penyanyi bertaraf popular dan diva untuk menaikkan rating pertandingan ini. Juga ramalan peminat dan penonton juga tersasar kerana saya percaya ramai yang menyangkakan lagu Bisakah akan ke peringkat akhir. Syabas TV3 kerana masih berpegang kepada mutu, kredibiliti dan kualiti sebuah lagu lebih daripada populariti dan pembawaan penyanyi.

Apa-apa pun tahniah buat lagu:

  1. Lagu Ceritera Cinta ciptaan Ross Ariffin dan lirik oleh Habsah Hassan dinyanyikan oleh Jaclyn Victor dan Lah Ahmad.
  2. Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Shah Shamshiri dinyanyikan oleh Faizal Tahir
  3. Kasih Tercipta, ciptaan Ajai dan lirik oleh Shuhaimi Baba dinyanyikan oleh Faizal Tahir
  4. Harapan ciptaan dan lirik oleh Hazami nyanyian Fazli Zainal
  5. Izinkan Ku Pergi ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak dinyanyikan oleh Sahri yang menggantikan Kaer.

Kalau ada anugerah vokal terbaik pada malam tadi, mungkin Faizal Tahir akan membawa trofi Vokal Terbaik. Kelantangan suara Faizal Tahir dan gaya penghayatan yang cukup menawan memang tidak boleh dipertikaikan. Persembahan Idayu yang membawa lagu Paluan Rindu agak tidak bermaya disebabkan irama lagu ini begitu meleleh dan tidak berapa sedap di telinga saya. Mungkin pertama kali mendengarnya, hairan juga bagaimana lagu ini boleh terpilih?

Cuba lagu kepada pencipta lagu-lagu yang tidak berjaya iaitu Andainya ciptaan Hadi Hassan oleh Nieyl, Hilang ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis oleh Bash dendangan Diddy, Paluan Rindu Mu nyanyian Idayu dan ciptaan oleh M.Nasir dan lirik oleh Keon serta Sejuta Nafas Cinta ciptaan Hazami dan lirik oleh Loloq, yang dinyanyikan oleh Fazli Zainal. Semua dah buat yang terbaik… cuba lagi tahun depan.

Peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ini diadili oleh juri profesional iaitu penulis lirik Amran Omar, komposer Iman Wan, Khairil Johary Johar, Edry KRU, Pengarang Hiburan Harian Metro Adam Salleh dan Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3 Azhar Borhan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem 1957, HATI MALAYA Lakonan Maya Karin

Across The Universe: About The Cast And The Cameo Performances