in ,

Ulasan Filem Perahu Kertas

Sebuah kisah tentang hati, cinta dan kejujuran perasaan yang biasa terjadi di dalam sebuah persahabatan.

Perahu Kertas adalah sebuah filem drama Indonesia yang disutradarai oleh Hanung Bramantyo. Dia terpilih sebagai sutradara terbaik menerusi filem arahannya Brownies (2005) dan Get Married (2007). Filem ini diangkat dari sebuah novel berjudul “Perahu Kertas” karangan Dewi Dee Lestari.

Filem ini dibintangi oleh Maudy Ayunda, Adipati Dolken dan Reza Rahadian. Maudy Ayunda dan Adipati Dolken pernah membintangi sebuah filem berjudul Malaikat Tanpa Sayap. Reza Rahadian pernah terpilih sebagai aktor pendukung terbaik dalam filem Perempuan Berkalung Sorban. Selain itu, Reza Rahadian juga turut berlakon dalam filem Hafalan Shalat Delisa dan Test Pack bersama Acha Septriasa.

Poster Perahu Kertas

Perahu Kertas mengisahkan pasang surut hubungan persahabatan antara Kugy (Maudy Ayunda) dan Keenan (Adipati Dolken), bersama-sama rakan sahabat mereka yang lain. Kugy bercita-cita ingin menjadi seorang penulis dongeng. Keenan seorang pelukis muda berbakat. Perasaan mereka yang saling mengagumi tapi berbagai hal menghalang mereka untuk saling mengungkapkan perasaan.

Dalam suasana hati yang gundah, kreatifitas melukis Keenan buntu tapi semangat Keenan berhasil dikembalikan oleh Luhde (Elyzia Mulachela), keponakan Pak Wayan. Seorang pengumpul langganan galeri Wayan bernama Remi (Reza Rahadian) menjadi pembeli pertama.

Kugy bekerja di biro iklan milik teman kakaknya, iaitu Remi. Prestasi kerja Kugy cemerlang, dan menarik perhatian Remi. Remi mulai jatuh hati dan ketulusan Remi meluluhkan hati Kugy. Keenan terpaksa kembali ke Jakarta untuk menjalankan perusahaan keluarganya kerana bapaknya sakit.

Seperti perahu kertas yang hanyut mengikuti arus, Kugy dan Keenan menjalani tuntutan hidup dan cita-cita sampai pertemuan yang tidak dapat dielakkan dan hati mereka kembali diuji.

Saksikan filem Perahu Kertas yang akan berlayar di pawagam pada 29 November 2012.

Elyzia Mulachela

Elyzia Mulachela

Sinopsis Filem Perahu Kertas

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FIlem PONTIANAK VS ORANG MINYAK Yang Giler Komedi

Gambar Sekitar Pertandingan Cabaran Skor Dashing