in ,

Ulasan Filem DILAN 1990

Filem: Dilan 1990
Genre: Rom-Com
Pelakon: Iqbaal Ramadhan, Vanesha Prescilla
Pengarah: Fajar Bustomi
Tarikh Tayangan: 29 Mac 2018

Dilan 1990 bukanlah filem yang hebat. Tidak sampai tahap AADC walaupun ramai yang beranggapan sebegitu. Tetapi, Dilan 1990 ada magis. Magis yang akan buat semua penonton terpaku, tersenyum, tersengih dan terpesona dengan mainan cinta dua remaja dalam setiap bait kata-kata yang dilontarkan oleh pelakonnya dalam filem ini.

Literally, setiap patah perbualan antara Dilan dan Milea umpama quotes dan pepatah Tumblr, ungkapan yang akan melekat dalam fikiran. Mungkin bait-bait kata dua pelakon ini sesuai dijadikan caption pos-pos Fattah Amin dan Fazura di akaun media sosial mereka. Bukan lagi tahap potong kaki, rasanya tahap potong pinggang pun penonton tak kisah.

Buktinya, sepanjang minit tayangan bersama 90% penonton remaja perempuan, Abam mendengar keluhan, rengekan, auuwwww, uuuoooohhhh, sweeeeetnya daripada mereka. Hebat sekali penangan pasangan ini.

Dilan di tangan Iqbaal Ramadhan sangat, sangat, sangat menjadi. Apatah lagi berwajah jambu air dan perwatakan ikan emas. Memang banjir hall tadi. Hahaha… kurang minat dengan pelakon perempuannya, Vanesha Prescilla kerana kelihatannya seperti kakak kepada Iqbal. Hiks!

Overall, sebuah karya seberang yang tidak rugi ditonton sama sekali. Sebuah filem yang cukup ramuan serta memahami kehausan penonton yang memerlukan filem bergenre seperti ini. WAJIB TONTON! ⭐⭐⭐.5/5

Sumber: Hairul Tengok Wayang: hairultengokwayang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Taiwan Hebe Tien Kini Duta Terbaru OPPO F7

Ini Cara Untuk Buat Pengecualian Caj Penukaran Flight AirAsia Sempena PRU14