in , ,

Ulasan Filem Across The Universe

Sinopsis Across The Universe (ATU)

Filem ini akan ditayang di seluruh pawagam mulai 29 November 2007.

ATU ialah sebuah kisah cinta yang berkisar dalam tahun 1960-an di mana ketika itu, rakyat Amerika memprotes peperangan Vietnam dan pada masa tersebut, muzik bergenre ‘rock n roll’ mula wujud dalam budaya Amerika.

Ianya bermula di sebuah bandar pelabuhan, Liverpool di mana Jude (Lakonan Jim Sturgess) ingin mencari bapanya, seorang veteran perang di Amerika. Setelah melalui beberapa kesukaran, akhirnya dia menemuinya. Namun, nasib tidak menyebelahi, apabila bapanya sudah mempunyai keluarga lain di sana. Ianya telah memberikan satu kesukaran kepada Jude dan mula melarikan dirinya dari semua nostalgia itu.

Setelah itu, bermulalah perjalanan hidup Jude yang penuh dengan suka dan duka, episod percintaan, kekecewaan, protes peperangan, puak radikal, persahabatan dan sebagainya. Akhirnya, Jude bertemu cinta sejatinya bersama Lucy (lakonan Evan Rachel Wood). Namun, percintaan mereka menemui jalan buntu. Bagaimanakah kesudahan kisah percintaan mereka.

Filem cinta muzikal, arahan oleh Julie Taymor dan diterbitkan oleh Revolution Studios ini, pasti memberikan satu perspektif baru kepada penonton. Satu pengalaman yang tidak pernah dialami anda pasti akan dirasakan ketika menonton filem ini.

Ulasan Filem Across The Universe oleh Sensasi Selebriti
ATU yang berlatarbelakangkan era 60-an berjaya memberikan satu persembahan yang baik. Dengan sinematografi dan kerja-kerja kamera yang bagus, serta kesinambungan dan jalan cerita yang bermutu memberikan kepuasan kepada penonton.

Suatu yang istimewa berkaitan filem ini ialah, kesemua skor di dalam ATU, diinspirasikan oleh muzik The Beatles. Bagi pengemar-pengemar The Beatles, ATU pastinya mengimbau kembali kenangan ketika era tersebut. Untuk skor muzik, penerbit telah memilih sebanyak 33 buah lagu dari 200 buah lagu yang dihasilkan, demi memastikan mutu, ketelitian dan kepuasan kepada penonton.

Sesuatu yang membezakan ATU dengan filem muzikal yang lain ialah, pembentukan dan perjalanan karektor disampaikan melalui lagu. Pengarah tidak mahu dialog dijadikan sebagai asas penyampaian mesej, tetapi ianya disampaikan melalui lagu yang disampaikan. Selain dari itu, karektor-karektor yang wujud dapat berkongsi mesej dalam lagu dan membentuk ruang penceritaan yang cukup menarik.

ATU bukanlah suatu karya muzikal percintaan ringan. Mesej percintaan masih menjadi satu mesej utama, mungkin agak klise tetapi dengan arahan Julie Taymor, kisah cinta muzikal ini memberikan ruang untuk menyampaikan sesuatu yang lebih mendalam. Erti persahabatan, nilai kekeluargaan, erti kedamaian dan bencikan perang menjadi subplot yang digarap dengan cukup teliti dan berjaya menarik perhatian audien.

Secara keseluruhan, ATU yang berdurasi selama 2 jam 11 minit ini berjaya menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Plot dan jalan cerita yang teliti. Plot yang mengambarkan period 60-an yang cukup menarik, dengan bar yang kusam dan lembab, pakaian dan yang menarik, kehidupan puak Hippies yang anti perang dipersembahkan dengan teliti, dan seperti yang dikatakan tadi, jika anda peminat The Beatles, anda pasti akan menyukai ATU.

ATU dalam erti kata lain, benar-benar bercirikan filem British sejati.

Untuk ATU, Sensasi Selebriti memberikan 3 bintang untuk jalan cerita. Kerja kamera, ketelitian serta kesinambungan 3.5 bintang. Skor muzik, 3.5 bintang. Watak, pergerakan dan perkembangan karektor, 3.5 bintang. Keseluruhan, Across The Universe mendapat 3.5 bintang.

[tags]rebiu film Across The Universe, gambar Across The Universe, photo Across The Universe, asian version, how to musical dialog script, full frontal picture, gambar as feminin, aishwarya rai pregnant, ina naim hamil, theatre nudity, dewi sedap malam, gambar nur aliah lee tudung, skor muzik julie taymor, Revolution Studios secret, download The Beatles mp3, Evan Rachel Wood, love musical fan club[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Across The Universe Review: REINTERPRETING THE SONGS

Pelakon Hairie Othman Bercerai & Gambar Seksi Raja Farah