in

Ujibakat Teater Muzikal Terima Kasih Cinta

Berita gembira buat korang yang ada bakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian. Mana tahu, korang akan dipilih untuk menjadi pelakon teater muzikal!

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri ke sesi ujibakat pencarian pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta.

Terima Kasih Cinta merupakan naskhah yang diadaptasikan daripada filem Cinta yang telah mencetuskan fenomena baru dalam dunia perfileman tanah air.

Filem ini pernah memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia ke-20 antaranya Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Suntingan Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Teater muzikal Terima Kasih Cinta merupakan naskhah hasil kerjasama antara The Creative Partnership Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd. Muzikal ini dijangka akan dipentaskan di Istana Budaya pada 17 Februari 2011 hingga 6 Mac 2011.

Peluang dibuka kepada semua warganegara Malaysia, tidak kira sama ada berpengalaman ataupun tidak, tiada had umur dan yang penting berkebolehan untuk menyanyi, berlakon dan menari.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membawa lagu pilihan dalam bentuk minus one (CD).

Ujibakat akan diadakan pada :

Tarikh :
8, 11 dan 13 Oktober 2010

Jam :
2.00 hingga 6.00 petang

Lokasi :
Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama

Panel juri yang terlibat sepanjang sesi ujibakat dijalankan ialah Boudeng Edruce, Pat Ibrahim dan Roslan Aziz. Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan tunjukkan bakat anda yang terpendam selama ini!

Audition Poster-Bm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Breaking Vegas New Series

Top Shot Hosted Survivor Contestant Colby Donaldson