in

Tentang Ujibakat QARI JUNIOR 2017

Program realiti keagamaan kanak-kanak yang dianjurkan oleh TV3 telah memasuki musim ke-6. Pada musim lepas, adik Ahmad Naufal bin Fauzi yang berusia 12 tahun berasal daripada Kelantan telah dinobatkan sebagai juara musim ke-5.

QARI JUNIOR 2017 MENCARI ANDA!

Adik Naufal telah menerima hadiah wang tunai RM10, 000 serta tajaan umrah oleh Almas Beauty & Health. Memasuki musim terbaharu, Qari Junior kini kembali dalam misi mencari qari muda yang mampu mengalunkan bacaan Al-Quran secara murattal dengan taranum dan tajwid yang betul dengan baik.

Sesi ujibakat Qari Junior 2017 bakal diadakah di tiga lokasi terpilih. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

Tarikh Tempat Hos Juri
4 Februari 2017

(Sabtu)

Hotel Seri Malaysia, Alor Setar, Kedah Hazwani Helmi Juri 1

Mohammad Nazif Zulkhairi

 

Juri 2

Ustazah Marzian Mohd Deli

11 Februari 2017 (Sabtu) Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu Fakhrul Radhi Juri 1

Ustaz Hafas Ali

 

Juri 2

Ustaz Aizi Saidi Abd Aziz

18 Februari 2017 (Sabtu) Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor Fakhrul Radhi &

Hazwani Helmi

Juri 1

Ustaz Ahmad Tirmizi Hj Ali

 

Juri 2

Ustaz Malik bin Ahmad

Qari dan qariah yang ingin menyertai sesi ujibakat perlulah menepati syarat-syarat seperti berikut:

  1. Berusia diantara 7 hingga 12 tahun
  2. Mahir dan lancar membaca Al-Quran secara murattal, bertaranum dan
  3. Hadir dengan berpakaian kemas dan sopan

Antara pilihan surah bagi sesi ujibakat kali ini adalah:

  1. Surah Al-Baqarah, ayat 26-30
  2. Surah Al-Baqarah, ayat 44-52
  3. Surah Ali-Imran, ayat 33-41
  4. Surah Ali-Imran, ayat 113-118
  5. Surah An-Nisa, ayat 36-42

*durasi bacaan selama 3 minit

Bagi mereka yang yang berada di pantai timur, sabah & Sarawak yang tidak dapat menghadirkan diri ke sesi uji bakat di lokasi yang diadakan seperti di atas, anda juga boleh menghantar video bacaan dan emailkan kepada [email protected], beserta butiran peribadi dan juga maklumat untuk dihubungi. Untuk maklumat lanjut layari laman sosial Facebook (www.facebook.com/QariJuniorTV3), Twitter & Instagram (@qarijuniortv3) serta @TV3Malaysia.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie SALING Lakonan Amyza Adnan Sarat Mesej

Missy Elliott Kicks Off New Year With I’M BETTER (FEAT. LAMB)