in ,

Ujibakat Program Gameshow Terbaru RES’Q

[dropcap]S[/dropcap]ebuah program game show terbaru yang diberi nama Res’Q bakal memulakan sesi ujibakat pada 13, 14, 20, 21, 27 dan 28 April ini dari jam 11 pagi hingga 6 petang di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Res’Q akan menguji pasukan famili yang manakah lebih bersepakat dalam menghadapi segala cabaran dan sejauh manakah mereka saling mengenali ahli keluarga mereka sendiri.

Syarat-syarat utama menyertai ujibakat Res’Q ialah warganegara Malaysia, berkumpulan (3 orang di kalangan ahli keluarga terdekat seperti ibu, ayah, kakak, abang, adik, anak atau sepupu), berusia di antara 9 hingga 50 tahun, berperwatakan ceria, bijak dan selamba.

Jika anda mempunyai kriteria-kriteria yang dicari dan mahu mencuba kemampuan keluarga anda, jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi ujibakat Res’Q!

Res’Q dihoskan oleh Fara Fauzana (Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012) bakal menemui penonton pada bulan Julai nanti di TV3.

Fara Fauzana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal TONTON Lancar Saluran Tonton News

Sinopsis Filem Bisikan Syaitan Lakonan Fizz Fairuz