in ,

Ujibakat Mencari Pelakon Filem RATU

Salam semua pembaca…

Korang minat nak berlakon tak? Haa, kalau minat dan ada bakat nak jadi pelakon, ni Budiey baru je terima berita yang LineClear sekarang tengah cari pelakon untuk filem baru mereka iaitu RATU. Jom lah join ujibakat ini yea~

LineClear Motion Pictures akan menerbitkan sebuah filem terbaru yang berjudul “Ratu”. Filem ini akan diarahkan oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen dan merupakan filem ke 30 arahan beliau.

Filem “Ratu” yang bergenrekan Adventure Thriller ini akan menjalani penggambaran pada pertengahan bulan November ini. Penggambaran ini akan dijalankan disalah sebuah pulau di Malaysia yang merangkumi 70% keseluruhan penggambaran. Penggambaran ini akan mengambil masa selama 30 hari.

Filem Ratu akan dibarisi oleh 8 pelakon utama wanita yang terdiri daripada muka-muka baru dan 4 pelakon pembantu utama yang berpengalaman. Filem Ratu dijangka menelan belanja sekitar 2 juta ringgit dengan menggunakan seramai 50 orang tenaga krew.

Bagi menjayakan Filem Ratu ini, pihak Lineclear Motion Pictures akan mengadakan sesi ujibakat yang akan berlangsung di seluruh tanah air dengan mensasarkan 5 lokasi utama sebagai pusat ujibakat. Lokasi-lokasi tersebut adalah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Kuching dan Kota Kinabalu. Tarikh ujibakat akan bermula seawal minggu pertama bulan oktober ini.

Berikut adalah butiran tarikh dan tempat ujibakat:

GSC Queensbay Mall, Pulau Pinang
Tarikh : 10 & 11 Oktober 2009
Kawasan: Lobi
Masa: 10 PAGI – 5 PETANG

 (Tempat akan diberitahu kelak secepat mungkin.) Kuching, Sarawak
Tarikh : 17 & 18 Oktober 2009
Masa: 9 PAGI – 5 PETANG

GSC 1 Borneo, Sabah
Tarikh : 24 & 25 Oktober 2009
Kawasan: Lobi
Masa: 9 PAGI – 5 PETANG

GSC Pavilion, Kuala Lumpur
Tarikh : 30 & 31 Oktober 2009
Kawasan: Lobi
Masa: 9 PAGI – 5 PETANG

GSC Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru
Tarikh : 1 November 2009
Kawasan: Lobi
Masa: 9 PAGI – 5 PETANG

Untuk orang Kuching: Ujibakat di Kuching Sarawak akan diadakan pada 17 dan 18 Okt 09 jam 9pagi hingga 5 ptg bertempat di MBO The Spring Cineplex, Kuching. 

Kriteria pemilihan untuk ujibakat ini adalah seperti berikut:

Gadis berumur 18-25 tahun
Ketinggian 5 kaki 5 inci
Fasih berbahasa melayu
Rakyat Malaysia dari semua keturunan dan mempunyai kriteria sebagai Ratu.

Untuk pendaftaran sila taip: infosms<jarak>ratu<jarak>nama anda<jarak>no ic dan hantar ke 32886

Peserta yang ingin hadir untuk ujibakat diminta membawa profile diri serta beberapa keping gambar. Calon-calon yang terpilih akan diberi peluang mengikuti kursus latihan lakonan dibawah bimbingan tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman yang diketuai oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen. Calon-calon pelakon ini akan ditawarkan berlakon dalam filem “Ratu” dan ditawarkan kontrak sebagai artis naungan Lineclear Motion Pictures.

Prof Madya A.Razak Mohaideen telah pun mencungkil ramai artis-artis baru sebelum ini dan ramai diantara mereka telah berjaya mencipta nama sebagai artis popular contohnya Farid Kamil, Faezah Md Elai, Elmy Nadia, Ainul Aishah, Fouziah Gous dan ramai lagi. Disamping komitmen mencungkil artis-artis baru, Pihak Lineclear juga mewujudkan peluang lakonan kepada lebih ramai pelakon dalam usaha menggerakkan industri perfileman tanah air.

Watak-watak yang di cari dalam filem Ratu adalah bersesuaian dengan jalan cerita dalam skrip filem Ratu. Antaranya adalah watak sebagai bekas pelacur, bekas perubatan, gadis sopan santun dan lain-lain watak yang memerlukan lakonan dan komitmen yang sangat tinggi.

Untuk itu pihak Lineclear Motion Pictures akan mengadakan sesi ujibakat secara nationwide demi untuk mencungkil bakat yang benar-benar cemerlang. Disamping sentuhan pengarah Box-Office Prof Madya A. Razak Mohaideen dan kekuatan tenaga produksi maka adalah diharapkan filem ini akan dapat menjalani penggambaraan dengan berjaya dan dapat menghasilkan sebuah filem yang cukup kualiti dan berjaya dipasaran tempatan dan Luar Negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemenang Anugerah Utama Shout! Awards Bunkface Ke Perth Australia

Senarai Pemenang Maybelline New York Simply Fabulous