in ,

Ujibakat Deko Idaman Program Ubah Suai Kediaman di TV3

UJI BAKAT PROGRAM UBAH SUAI KEDIAMAN DI TV3 – DEKO IDAMAN!

Mahukah melihat kediaman anda diubah suai dengan sentuhan kreatif dari pereka hiasan dalaman professional? Jangan berlengah lagi, sertai uji bakat progam terbaru di TV3 berjudul Deko Idaman!
Jika anda berminat sila hadir ke sesi uji bakat yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 9 Mei (Sabtu)
Tempat : Pintu Utama, Sayap Baru, Pusat Membeli Belah One Utama
Masa : 10.00 pagi – 2.00 petang

Ruang yang akan diubah suai ialah:-

  1. Bilik Tidur
  2. Ruang Tamu
  3. Dapur
  4. Ruang Makan

Peserta perlu membawa butiran berikut ketika menghadiri sesi uji bakat:-

  1. 3 keping gambar yang mahu diubah suai melalui sudut yang berbeza (Ukuran 4R)
  2. Borang lengkap yang boleh dimuat turun melalui laman web www.tv3.com.my

Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri sesi ujibakat ini, jangan khuatir kerana peluang masih terbuka untuk anda. Peserta boleh menghantar permohonan menerusi www.tv3.com.my, panduan lengkap turut didapati di dalam laman web ini. Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum 16 Mei 2009.

Hanya 12 peserta yang akan terpilih, adakah anda salah seorang dari peserta Deko Idaman? Sertai uji bakat ini untuk memberi pengubahsuaian ruang kediaman yang lebih selesa dan indah! Rebutlah peluang keemasan ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Juara Pesona Nona Musim Ke-3

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Drama BONG