in

UJIBAKAT AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7

AKADEMI FANTASIA KINI KEMBALI!
Peluang kini terbuka kepada warganegara Malaysia dan Singapura serta golongan artis

Sebagai bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanahair dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya, saluran Astro Ria (saluran 104) yang terus sinonim dengan penerbitan rancangan realiti nyanyian popular; Akademi Fantasia kini membuka lembaran baru bagi tahun 2009 dengan meneruskan misi bagi pencarian juara baru untuk musim ketujuh.

Setelah enam musim bersiaran dan berjaya menempatkan kedudukannya tersendiri di hati para peminat seni tanahair, Akademi Fantasia yang masuk musim ketujuh ini memberikan kejutan apabila buat pertama kalinya membuka peluang kepada bukan hanya warganegara Malaysia tetapi juga Singapura. Berita baik ini diharap disambut baik oleh peminat-peminat rancangan realiti popular negara-negara jiran seperti Brunei. Ini mengukuhkan lagi matlamat dan usaha Astro dalam memberikan hiburan terbaik kepada para pelanggannya melalui mutu produksi dan format yang mantap.

Elemen pembaharuan ini tidak terhenti di situ apabila Akademi Fantasia musim ketujuh juga turut menjemput golongan artis tidak kira sama ada dari bidang nyanyian mahupun lakonan turut serta menyertai pertandingan nyanyian relaiti popular ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria; Encik Khairul Mizan, “Objektif utama penerbitan Akademi Fantasia pada musim adalah untuk memberikan kelainan dalam kandungan tempatan dan format program di samping komitmen kami dalam mencari dan membimbing bakat-bakat baru bagi mewarnai persada seni tempatan. Bersesuaian dengan arus peredaran zaman, beberapa elemen pembaharuan dilakukan bagi memberikan saingan yang lebih sengit di kalangan peserta.

Buat pertama kalinya, kami bukan sahaja membuka peluang kepada warganegara Malaysia tetapi juga kepada warganegara Singapura termasuklah golongan artis yang ingin mencuba nasib dalam pertandingan realiti nyanyian popular ini. Walau bagaimanapun, kami hanya memberi peluang kepada golongan artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan.”

“Perubahan elemen kepada syarat kelayakan penyertaan ini juga turut mengalu-alukan penyertaan peserta dari negara jiran iaitu Singapura. Keputusan bagi membuka peluang kepada warganegara Singapura ini dilihat sejajar dengan hasrat saluran Astro Ria yang ingin meluaskan pengaruhnya kepada penonton di Singapura melalui rancangan Akademi Fantasia yang juga boleh ditonton melalui mio TV; milik Singtel. Ini membuka peluang kepada Astro Ria terutamanya Akademi Fantasia untuk meraih sokongan yang meluas dari seluruh warganegara Singapura.

“Pihak penerbitan dan produksi tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan penjelajahan ujibakat ke empat buah negeri seperti Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak bagi mencari bakal-bakal penyanyi yang berpotensi untuk diketengahkan,” ujar Khairul lagi.

Nama-nama seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, dan Stacy adalah nama-nama yang pernah merangkul gelaran juara di sepanjang Akademi Fantasia musim pertama berlangsung hinggalah musim keenam dan telah berjaya menempatkan diri di kalangan artis-artis popular yang berbakat dan mempunyai kualiti yang tersendiri. Sessi ujibakat bagi mencari juara baru yang akan menyertai barisan juara seperti yang disebut akan diadakan pada:

Kuala Lumpur 
Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur
17 – 18 Jan

Johor
The Zon Regency Hotel, Johor Bahru
24 – 25 Jan

Sabah 
Borneo South Atrium, Kota Kinabalu
30 – 31 Jan & 1 Feb

Sarawak 
Enter K Entertainment, Crown Tower, Kuching
31 Jan & 1 Feb

Kuala Lumpur 
Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur 
7 – 8 Feb

Kaunter pendaftaran bagi setiap sessi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) dan menyanyi secara acapella lagu-lagu pilhan seperti berikut:

Lagu-lagu pilihan untuk peserta wanita:
1. No One (Alicia Keys) R&B
2. Kalis Rindu (Elyana) R&B
3. Dikir Puteri (Noraniza Idris) Irama Malaysia
4. Karma (Cokelat) Pop
5. Tari Silat Melayu (Aishah) Irama Malaysia

Lagu-lagu pilihan untuk peserta lelaki:
1. Angan dan Sedar (Mawi)Pop
2. You Raise Me UP (Josh Groban) R&B
3. Ketelusan Hati (Anuar Zain)Balada
4. Hanya Engkau Yang Mampu (Aizat) Balada
5. Ada (M.Nasir) Irama Malaysia

Syarat ujibakat:

  1. Peserta lelaki dan wanita
  2. Berumur di antara 18 – 45 tahun
  3. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan

Sila bawa:

  1. 2 keping gambar berukuran 4R : gambar profil dan paras pinggang
  2. Salinan kad pengenalan

Pada musim ketujuh ini, sekali lagi Hotlink hadir menghulurkan sokongan sebagai penaja rasmi dan pihak produksi dan penerbitan juga sekali lagi mengalu-alukan kedatangan Majalah Aksi AF selaku majalah rasmi. Rancangan Akademi Fantasia musim ketujuh ini akan bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104).

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. hai…. bgoslaaa at kl due kali ujibkat af d adekn..at least..bg mreka yg tlepas tok audition yg d adekn d sume lokasi..leh dtg kl tok ujibkat wat kali terakhir bg mreka serlah kn bakaT yg mreka ade.. sye pon dh xsabar nk g ujibkat af niy.. actually niy mrupekn azam 2009 saye tok serlahkn bakat yg sye pendamkn slame niy.. soooooo ape tgu lagi…???? jommm ramai2… kte serlah kn bkat kte…. jommm af!!!!!!!

  2. Aku ingat nak try tp takut sbb tahun ni aku 18 thn tp aku msh 17 sbb bday aku bulan 8. aku rasa bleh tu kan… sblum ni candy af5, stacy af6 & amirul af4 masa audition blum 18 tp diterima jgk… apa pendapat kamu? *doakan saya ada rezeki thn ni…. tq 4 reading!

  3. Hellooo…..sye rase kan.. AF7 kali ini patut pilih orang yang btl2 punyer bakat yang terserlah…klu tgo juara2 AF yg lalu…paling berbakat ialah c stacy tu…so pilihlah juara yg berbakat bukannya yang hanya punyer populariti tp bakat x mantoppp pun. wokeyyyy…..

  4. bole bgtau tak… gambar profil tu camner??? kalo paras pinggang tu biasa laaa…. gambar profil tu gambar seluruh bdn dr hujung rambut sampi kaki ker???

  5. AF 7 kali ini memang byk kelainan dan penbaharuan yang strategik dan teratur dari segi penapisan para peserta…ini akan memberi kepuasan yg maksimum kepada penonton astro khususnya untuk menilai peserta yang mereka minati…diharap agar banyak lagi kejutan yg menarik dari yang sebelumnya agar menarik minat para penonton di malaysia mahupun di Brunei…pasti GEMPAQQQQQQQ!!!! dan semua para peserta saya ucapkan tahniah kerana berani tonjolkan bakat2 anda….majukan industri seni tanah air kita>>>>>hidup AKADEMI FANTASIA>>>>TANPAMU HIDUP KAMI TAK CERIA >>>>>

  6. semoga af7 kali ne mndapat smbutan yang hngat.smoga jga byak sumandak2 n tanakwagu dari sabah yang hensem3 dapat ke final. i like akademi fantasia….chayo2,

  7. kali ini memang byk yang hebat2,tapi jgnlah beri lagu yang mereka tak mampu,kalau boleh biarlah lagu pilihan mereka sendiri dan di komen baik semasa latihan bukan nak memaksa mereka dgn lagu yang tak mampu.AF 8 saya cadangkan ogy ahmad daud principle…

  8. Tak de maknenya bila wok tak ado apa nak masukkan dia balik???? jalan le juri…apa kalau dia best sangat takkan lah pengundi bagai nak rak undi ISMA dan Hafiz…(paling tinngi setakat ni)
    Juri tu cuma boleh komen je…tapi vote tetap dari pengundi SMS, apa depa tak faham lagi ke, atau nak pengaruhi pengundi plak.. porah!!
    Dah tau dari dulu MAWI pun dapat gelaran RAJA SMS, lagi mau tanya!
    Aku tengok dah masuk ke minggu ke7, tak ada pun tranformasi nya…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Imran Ajmain Nyanyi Lagu di Hari Jadi Dato’ Siti Nurhaliza ke-30

MAXIS TO OFFER FIRST BLACKBERRY PEARL FLIP SMARTPHONE IN MALAYSIA