in

Uji Rashid & Azlina Aziz Artis Jemputan Konsert Kilauan Emas Musim 5 Minggu 4

Konsert minggu ketiga yang bertemakan Rock, Balada & Dangdut pada minggu lalu menyaksikan Asmah, ataupun nama sebenar beliau Norasmah Ibrahim, 51, yang berasal dari Perak telah menjadi peserta yang kedua disingkirkan untuk musim ini selepas mendendangkan lagu Kesal nyanyian asal oleh ratu rock Negara, Ella. Kini masih tinggal 9 peserta yang bakal bersaing untuk merebut gelaran juara iaitu ALING, HASBI, ZUL, HASAN, ELJI, ZAMAN, LINA, NORYA dan MUSTAR.

Minggu ini pula para peserta akan diuji dengan muzik yang berirama Runut Bunyi & Hits Terkini. Bagaimanakah corak persembahan mereka? Sama-sama kita saksikan kelak. Konsert minggu ketiga juga bakal dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa oleh artis jemputan yang terdiri daripada penyanyi popular yang cukup terkenal suatu ketika dahulu seperti Anis Suraya, Haida, Siti Fairuz, Uji Rashid, Azlina Aziz, Salamiah Hassan serta ramai lagi.

Siaran Langsung Konsert Kilauan Emas Musim 5 (Minggu Keempat) pada 6 Mei 2015 (Rabu), jam 8.30 malam bakal berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Cheras Batu 2 1/2, Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Karnival Raudhah Di Hatiku Sungai Petani

Ada Sebab Kamal Adli Kunci Mulut