in , , ,

Uji Bakat Pelakon Kanak-Kanak Untuk Telefilem BISIK-BISIK

Bakal diadakan pada 17 Februari 2020 (Isnin), pukul 1.00 hingga 5.30 petang, bertempat di Unit Drama TV RTM (UDTV RTM), Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur, kali ini pencarian terbuka kepada kanak-kanak untuk karektor berumur lima (5) hingga 10 tahun.

Berminat untuk hadir uji bakat? Tetapi adakah anda telah benar-benar bersedia untuk diterima atau sebaliknya? Di sini ada beberapa tip berguna untuk dikongsikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).  Sebelum hadir mana-mana sesi uji bakat, anda perlu kenalpasti dan lakukan perkara ini dahulu:-  

  1. Grooming! (Dandanan)
  2. Bakat
  3. Hafal skrip/lagu
  4. Datang awal dan tepati masa
  5. Senyum
  6. Sikap
poster casting bisik-bisik

“Percaya yang datang mesti ada sesuatu untuk dikongsi… BAKAT!”

– Hisyamudin Ahmad

Itulah KATA-KATA penting daripada Hisyamudin Ahmad yang mengalu-alukan penyertaan uji bakat untuk telefilem terbaharu arahannya bertajuk “Bisik-Bisik”. 

Bakal diadakan pada 17 Februari 2020 (Isnin), pukul 1.00 hingga 5.30 petang, bertempat di Unit Drama TV RTM (UDTV RTM), Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur, kali ini pencarian terbuka kepada kanak-kanak untuk karektor berumur lima (5) hingga 10 tahun.  

Menurut Hisyam yang juga salah seorang pengarah di UDTV RTM, pemilihan berdasarkan keperluan karekter dalam naskah ini diangkat untuk menonjolkan kisah komuniti anak-anak yatim yang terpaksa berjuang untuk kelangsungan hidup.

Telefilem ini bakal disiarkan khas sempena Maal Hijrah bulan Ogos depan dan dijangka siarannya menerusi saluran TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Okey, Adaptasi Novel AKU, DIA & PINKY PROMISE Imbas Kenangan Cinta Zaman Sekolah

Drama Terbaharu di Netflix Bulan Februari 2020