in

Twisties Bingit Gegarkan Penang

Twisties Bingit Gegarkan Penang
Siapa bakal tersingkir ?

Tarikh Siaran Episod 3 : 25 Disember 2009 (Jumaat)
Masa : 9.30 malam

Satu lagi kumpulan bakal meninggalkan Twisties Bingit  Jumaat ini. Minggu lepas penonton telah menyaksikan pemergian p’Gees, dan minggu ini giliran siapakah pula?

Episod ke-3 Twisties Bingit  pada 25 Disember jam 9.30malam akan menampilkan persembahan Gig ke-2 yang berlangsung di New World Park, Pulau Pinang. Anda bakal menyaksikan kehebatan lapan band berentap untuk bergelar band terhebat Malaysia. Band-band yang bertanding ialah The Musicians, DIGITAL, Rockie Ocean, Avidity, No Misery, Rocket Planet, MESS Symphony dan Floor 88.

Seperti biasa, setiap minggu setiap kumpulan telah diberikan tugasan mingguan.  Tema minggu ke-3 ini adalah mengenai imej – Twist It Factor yang mana setiap kumpulan perlu mencari dan menentukan identiti serta imej kumpulan masing-masing.  Setiap band akan diberikan masa tertentu untuk berbincang tentang stail dan arah muzik kumpulan masing-masing.

Apabila kata putus telah dicapai, setaip kumpulan akan diberikan wang tunai sebanyak RM500 untuk membeli pakaian dan assesori yang sesuai dikenakan dengan stail mereka.  Mereka juga dikehendaki memasukkan elemen warna merah atau kuning pada stail atau pakaian mereka mengikut citarasa dan kesesuaian kumpulan. 

Setiap kumpulan kemudiannya perlu membuat pembentangan tentang konsep dan stail kumpulan masing-masing pada minggu gigs. Kumpulan yang mempunyai imej dan stail yang terbaik akan memenangi tugasan ini.

Siapakah yang bakal memenangi tugasan ini?

Twisties Bingit  turut dihangatkan dengan kehadiran band popular Pesawat yang tampil membuat persembahan. Kumpulan Pesawat menghiburkan peminat dengan menyanyikan lagu-lagu popular dari album mereka dan juga lagu tema untuk kedua  Twisties Bingit berjudul ”Bingit”.

Hadiah berjumlah RM100, 000 ditawarkan kepada pemenang-pemenang di Twisties Bingit .  Hanya sebuah kumpulan akan dinobatkan sebagai Juara Twisties Bingit  yang bakal membawa pulang hadiah bernilai  RM80,000 termasuk kontrak rakaman bersama dengan syarikat rakaman Monkey Bone. Naib juara pula akan membawa pulang hadiah bernilai RM10, 000 sementara tempat ketiga pula akan menerima hadiah bernilai RM6,000. Tempat ke-4 dan ke-5 pula masing-masing akan membawa pulang RM2, 000 sebagai hadiah saguhati.

Twisties Bingit ditaja sepenuhnya oleh Twisties. Juri-juri yang bakal menilai persembahan peserta nyata bukan calang-calang orang kerana kesemua mereka merupakan nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia. Edrie Hashim (pemain gitar, komposer dan penerbit) merupakan salah seorang juri untuk program ini selain dari  Edris Adrian (Pengurus Label, Monkey Bone).  Pada minggu ini, Jay Jay diundang sebagai juri jemputan. 

Personaliti TV dan bekas pemain dram kumpulan indie terkenal OAG iaitu Qi Razali (popular dengan program “Destinasi Bajet” dan “Field Trip to USA”) telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara untuk program  Twisties Bingit  ini. 

Jangan lupa untuk menyaksikan Twisties Bingit  setiap Jumaat 9.30 malam hanya di saluran hip 8TV. Untuk mendapatkan info-info terkini anda boleh melayari laman sesawang www.hotfm.com.my atau  www.twisties.com.my

Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 di Astro.

Anda kini dapat menonon program kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari ke mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

7 Filem Hebat Temui Penonton RTM Menjelang 2010

New Season NCIS @ 8TV