in

TVi Perkenal Program Remaja Lebih Segar

TVi Perkenal Program-Program ‘Segar’ Terbaru Mulai Februari Ini

TVi (Saluran 180 Astro) sepanjang Februari menjanjikan tayangan program-program bersiri terbaharu yang penuh variasi dan ‘segar’ dalam menarik golongan penonton terutama di kalangan remaja agar terus manjadikan saluran ini dekat di hati mereka.

Bermula dengan tayangan drama fantasi Alddyn mulai 2 Februari 2012, setiap Khamis, jam 8.30 malam, Ceritera Rumah Pasung mulai 12 Februari 2012, setiap Ahad, jam 8.00 malam, Kisah Kita mulai 12 Februari 2012, setiap Ahad, jam 8.30 malam dan Pentas Dikir mulai 3 Februari 2012, setiap Jumaat, jam 9.30 malam.

Istimewa untuk tontonan penggemar drama fantasi, TVi membawakan sebuah drama fantasi 13 episod bertajuk “Aladdyn” mengenai pengembaraan seorang budak bernama Aladdyn dalam misi mencari ibu kandungnya. Saksikan cabaran dan dugaan yang yang ditempuhi oleh Aladdyn dalam mencapai misinya.

2. Poster Kisah Kita

Menampilkan pengacara Iqram Dinzly, mulai 12 Februari ini, setiap Ahad, jam 8.00 malam menyusul kemudiannya dokumentari menarik “Ceritera Rumah Pasung”. Sepanjang 13 episod siarannya, penonton dapat berkongsi kisah tragedi yang dialami oleh anggota Balai Polis Batu Pahat yang terpaksa berdepan dengan cabaran apabila terpaksa berdepan dengan ancaman daripada kumpulan ajaran sesat dan komunis. Kejadian berlaku di Balai Polis Batu Pahat adalah berbeza kerana di situ kerana pernah berlaku serangan oleh para pengikut sebuah kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Mohd Nasir Ismail pada tanggal 16 Oktober 1980.

Episod ini akan menceritakan saat-saat kritikal sewaktu Balai Polis Batu Pahat diserang dari bahagian depan dan belakang balai oleh kira-kira 15 orang ahli kumpulan tersebut. Selain itu episod ini juga menonjolkan mangsa-mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut.

Operasi dan gerakan besar-besaran oleh polis dari Balai Polis Batu Pahat juga dipaparkan dalam episod ini sehinggalah kumpulan ini dapat dilumpuhkan. Beberapa orang ahli kumpulan tersebut telah ditembak mati, sekaligus menafikan kepercayaan mereka yang percaya bahawa mereka kebal.

Kepada golongan remaja yang gemar menonton drama bersiri pula luangkan masa menyaksikan sebuah drama rantaian terbaharu “Kisah Kita” mulai 12 Februari 2012, setiap Ahad, jam 8.30 malam yang membariskan pelakon Syed Ali, Azam Pit, Putri Mardiana, Arvind Gorasia, Rai Lim Kay Fong, Omar Abdullah dan Zarina Zainuddin.

Mengisi 13 episod siarannya, ia antara lain mengajak remaja berkongsi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh tiga orang rakan sekolej iaitu Adam, Max dan Lim yang cuba hidup berdikari dengan belajar sambil bekerja di bandaraya Kuala Lumpur.

Kelainan cuba ditonjolkan TVi dengan menerbitkan sebuah rancangan realiti pertandingan dikir barat yang mencari juara dan tukang karut terbaik menerusi program “Pentas Dikir” yang telah pun mula menemui penonton menerusi episod pengenalannya pada 3 Februari lalu. Program realiti 13 episod ini pastinya mampu menjadi daya tarikan kepada penonton yang mahu meluangkan masa berhibur setiap Jumaat, jam 9.30 malam. Ia menampilkan pengacara Nabil Raja Lawak, Wan Sharmila dan Amir Raja Lawak.

Teruskan sokongan anda berhibur dengan program-program terbaharu hanya menerusi TVi (Saluran 180 Astro).

1. Poster Ceritera Rumah Pasung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terminator Salvation & The Cheetah Girls 2 di TV2

Impiana KLCC Hotel Is Serving Cod Fish In Many Ways