in ,

TV9 Siar Filem Korea Menarik di Slot Saranghae

Penat dengan aktiviti riadah pada hujung minggu dan perlukan semangat baharu untuk berdepan dengan rutin harian pada keesokan harinya? Apa kata anda rileks dan berhibur dengan filem-filem Korea menerusi slot Saranghae pada hari Ahad pukul 10.00 malam? Memasuki bulan April ini, TV9 mempersembahkan empat filem hebat lakonan Ryoo Seung Bum, Sung Dong II, Park Hee-soon, Seung Ri, Youngwoong Jaejoong, Han Hyo-Joo, Cha In-Pyo, Kim Hyo-Jin menerusi Suicide Forecast (5 April 2015), On The Way Home (12 April 2015), Postman To Heaven (19 April 2015) dan A Dream Comes True (26 April 2015).

SUICIDE FORECAST (5 April 2015, 10.00 malam)
Bae Byung-Woo ialah bekas pemain bola lisut profesional dan sekarang dia merupakan jurujual insuran hebat di syarikat Jeil Life Insurance. Satu hari, salah seorang pelanggannya telah mati membunuh diri. Sejurus selepas insiden itu, dia telah disiasat oleh pihak polis kerana disyaki mempunyai motif yang menyebabkan kematian itu. Pihak syarikat Jeil Life Insurance mula ragu dan turut mengaudit semula bekas-bekas pelanggan yang telah diselia oleh Byung Woo.
(English) Bae Byung-Woo is a former professional baseball player and now a top insurance salesman for Jeil Life Insurance. He is even on the radar of a company that manages property for the top 1% in the upper class. But, one day, a client of Byung-Woo commits suicide. Furthermore, he is investigated by the police for aiding and abetting his client’s suicide. Jeil Life Insurance starts to audit Byung-Woo’s past clients.
Pelakon: Ryoo Seung-Bum, Sung Dong Il, Seo Ji Hye

On The Way Home

ON THE WAY HOME (12 April 2015, 10.00 malam)
Setelah kehilangan isterinya, Byung membuat keputusan untuk membunuh diri tetapi rancanganya gagal apabila seorang wanita pelik bernama Soo-Kang tiba-tiba datang ke rumahnya lalu menyelamatkannya. Soo-Kang turut mengikat Byung Hee dan mengurungnya. Byung Hee pelik dengan kelakuan Soo-Kang. Dia hanya membiarkan Soo-Kang melakukan apa sahaja dan memerhatikan gelagat gadis aneh itu.
(English): After losing his wife, depressed Byung-hee decides to hang himself, but his plans get spectacularly foiled. A strangely dressed woman named Soo-kang barges into his home and saves him from death. Then she ties him, and locks him up! Just why did Soo-kang come to Byung-hee’s house?
Pelakon: Park Hee-Soon, Gang Hye-Jung, Seung Ri

Postman_to_Heaven_(2)

POSTMAN TO HEAVEN (19 APRIL 2015, 10.00 malam)
Jae-joon bukan sebarang posmen kerana dia diamanahkan untuk menghantar surat ke syurga bagi mereka yang merindui insan tercinta yang sudah meninggal dunia. Ha-na telah menulis surat kepada mendiang teman lelakinya dan dia telah mengetahui rahsia tentang identiti Jae-joon. Jae-joon menawarkan tugasan kepada Ha-na sebagai pembantunya. Jadi, bermulalah sebuah perjalanan selama 14 hari yang penuh bermagis.
(English) Jae-joon, isn’t your ordinary postman, he delivers letters to Heaven from those missing their loved ones. One day Ha-na, who writes to her late boyfriend, discovers Jae-jun’s secret identity. He offers her a part-time job assisting him, and they set off on a 14-day journey.
Pelakon: Kim Jae-joong, Han Hyo-Joo

Postman_to_Heaven

A DREAM COMES TRUE (26 APRIL 2015, 10.00 malam)
Sang-hyeon, seorang pelawak kelab malam dipertanggungjawabkan untuk membawa seorang budak lelaki yang bernama Jae-young ke pangkuan ibunya selepas bapanya terkorban dalam nahas jalanraya. Dalam perjalanan itu, mereka telah berkenalan dengan Ha-na, seorang penari kelab malam. Maka, mereka bertiga telah bergabung dan sama-sama memulakan pencarian ibu Jae-yeong.(English synopsis): A nightclub comedian gains the responsibility of taking a young boy to his mother after the boy’s father dies in an accident. Along the way, they meet a dancer at another cheap nightclub. Together they search for the missing mother.
Pelakon: Cha In-Pyo, Kim Hyo-jin

Untuk mengetahui kesudahan keempat-empat filem Korea ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikannya pada setiap hari Ahad, jam 10.00 malam di TV9. Selain itu, ikuti juga laman sosial TV9 di facebook/TV9DiHatiku, twitter dan instagram @tv9Malaysia untuk maklumat terkini dan layari www.tv9.com.my untuk maklumat lanjut.

The Suicide Forecast_Alternate Poster_Dom

A Dream Comes True (2)

A Dream Comes True (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Hari Raya 2015 di ZALORA

Siti Saleha Gementar Menyanyi di Depan Tun Mahathir