in ,

TV3 Umum Mentor 7, Muzik Muzik Separuh Akhir & Anugerah Skrin 2018 Serentak

Hari yang cukup menyegarkan. Tidur cukup dan sarapan pagi pun enak. Nak apa lagi kan? Tambah lagi hari ni Budiey berada di The International Gallery at Alya, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Lokasinya sangat damai dengan rumput-rumput hijau. Fresh sungguh pagi. Jom ikuti vlog seharian Budiey kat sini untuk tiga pengumuman dari TV3.

Seperti yang dijadualkan, hari ini, 23 Oktober berada di sini seharian. Dari pagi sampi lewat petang untuk liputan tiga sidang media pengumuman penting untuk program TV3 iaitu MENTOR, MUZIK-MUZIK SEPARUH AKHIR 33 dan Anugerah Skrin 2018. Nantikan kemaskini di ig story, video live di Youtube Budiey Channel.

Mentor 7

Jam 9.30 pagi, Budiey bertolak dari rumah. Dijangka sampai 30 minit je. Perkarangan lokasi The International Gallery at Alya, Bukit Kiara cukup tenang. Beberapa kenderaan sudah bertapak di sini. Masih awal lagi sebab pendaftaran dibuka jam 10 pagi. Budiey disambut oleh PR TV3 yang semua ramah tamah.

Mentor 7

Jam 10.10 pagi, kami dibawa untuk bersarapan di satu kamar lounge. Selepas isi perut, ada sesi fotografi bersama MENTOR.

“Menghampiri musim hujung tahun, adalah menjadi kebiasaan TV3 untuk menyajikan pelbagai program hiburan menarik untuk tontonan umum. Oleh itu, pada tahun ini, julung kalinya kami menggabungkan kemeriahan tiga program hiburan terbesar kami, iaitu Anugerah Skrin 2018, Mentor 7, dan Muzik Muzik Separuh Akhir 33 dalam satu acara ‘Media Reveal’ yang besar untuk meraikan kelahiran bakat-bakat baharu, meraikan kejayaan serta menghargai sumbangan anak-anak seni baik dalam industri muzik dan bukan muzik.”

Program Mentor merupakan sebuah platform untuk mencungkil bakat bakat nyanyian baru kelahiran kami, manakala Muzik Muzik merupakan satu-satunya laluan untuk penyanyi-penyanyi terkenal Malaysia mengorak langkah mencipta kejayaan ke Anugerah Juara Lagu.”

“Tidak lupa kepada karyawan seni kreatif yang lain, acara Anugerah Skrin yang berprestij pula memartabatkan perjuangan anak-anak seni dalam industri penyiaran dan lakonan. Cara ini sahaja yang dapat kami membalas jasa mereka semua, di samping menyajikan program-program hiburan terhebat untuk peminat-peminat setia TV3.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan – rakan media yang tidak putus memberi sokongan kepada kami. Oleh itu, kami berharap rakan-rakan media yang hadir selesa dengan pelbagai kemudahan yang kami sediakan dan semoga kita dapat bekerjasama lagi.” – Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Beehad, Encik Johan Ishak.

sufian suhaimi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zahirah MacWilson Jawab Isu Pakaian Harajuku di Tokyo

Dream Cruises & Crystal Cruises Recognized by the Berlitz Cruising & Cruise Guide 2019