in

TV3 Siar Program Menarik Hujung Tahun 2012

PADAT DENGAN AKSI DAN GELAK TAWA AKHIR TAHUN INI!

[dropcap]B[/dropcap]uat penonton setia saluran nombor satu negara, stesen TV3 bakal menyajikan program-program terbaik istimewa sempena hujung tahun dan tahun baru yang akan menjelang bermula 25 Disember ini sehingga 1 Januari hadapan.

Raikan sambutan hujung tahun dan tahun baru dengan sajian menarik pelbagai genre dan sesuai untuk tontonan semua peringkat umur menerusi himpunan filem-filem hebat tempatan dan antarabangsa.

[pullquote align=”right”]Antara yang akan ditayangkan, ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, ‘Chori Chori Chupke Chupke’, ‘I Am Legend’, ‘Kung Fu Hustle’, ‘The Karate Kid’ serta rancangan hiburan popular seperti ‘Vokal 2 – Akhir’ dan ‘Konsert Jom Heboh Bukit Jalil’.[/pullquote]

Bukan itu sahaja, jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem terbaru iaitu ‘Ady Valentino’ menampilkan nama popular seperti Hazama, Eina Azman, Bella Daly, Zachery Francis dan Taiyuddin Bakar. Ia mengisahkan tentang pemuda berusia awal 20an bernama Ady yang bekerja sebagai ‘mat-despatch’ tetapi mempunyai impian untuk berkahwin dengan wanita berpangkat tinggi.

Sementara itu, penonton turut berpeluang memenangi hadiah hebat melalui ‘Peraduan Terbaik Akhir Tahun’. Cara-caranya, sebaik sahaja menonton setiap rancangan, hantarkan SMS “Terbaik” ke 33399 dan jawab tiga soalan mudah. Setiap jawapan yang betul akan mendapat 5 markah. Penonton yang berjaya mengumpulkan markah tertinggi akan membawa pulang gajet-gajet terkini.

Teruskan menonton program-program terbaik menerusi TV3 dan dari kami, Selamat Menyambut Tahun Baru 2013!

TERBAIK AKHIR TAHUN DI TV3

‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, Selasa, 25 Disember, 10.00 malam
Sinopsis: Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya. Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib malang kepada Kampung Pisang. Sebelum ini, keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau…
Pelakon: Awie, Man Kadir, Zami Ismail, Johan, Ummi Nazeera, Pekin, Shoffi Jikan, Avaa Vanja dan Nadia Mustafar.

Hantu Kak Limah Balik Rumah (3)

‘VOKAL 2 – Akhir’, Rabu, 26 Disember, 9.00 malam
Sinopsis: Persaingan VOKAL…Bukan Sekadar Rupa musim kedua kini tiba di kemuncak! Bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, dua finalis iaitu Mar dan Uchop bakal berentap bagi menentukan suara siapa paling layak membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000. VOKAL 2 menampilkan Dato’ Hattan dan Ziana Zain sebagai juri tetap serta Faizal Ismail sebagai pengacara.

Will Smith - I Am Legend (1)

‘I Am Legend’, Jumaat, 28 Disember, 10.00 malam
Sinopsis: Pada tahun 2009, sebuah virus telah menyerang dan meragut nyawa penduduk seluruh dunia. Asalnya, ia dicipta oleh Dr. Alice Krippin untuk menjadi penawar penyakit kanser sebelum berubah menjadi virus ‘pembunuh’. Leftenan Robert Neville, seorang pakar virologi, mempercayai masih ada lagi manusia yang terselamat dari virus tersebut. Namun, beliau terperangkap di bandar New York. Setiap langkah dan gerak geri Neville diperhatian oleh kumpulan mutan (manusia yang mati dijangkiti virus tersebut) di situ. Neville merupakan harapan terakhir untuk mencari imun bagi virus ini tetapi beliau menyedari masa semakin suntuk.
Pelakon: Will Smith, Alice Braga, Charlie Tahan, Salli Richardson-Whitfield, Willow Smith dan Darrell Foster.

‘Chori Chori Chupke Chupke’, Sabtu, 29 Disember, 2.00 petang
Sinopsis: Raj dan Priya Malhotra telah berkahwin selama beberapa tahun dan hidup dalam keluarga yang kaya serta harmoni. Malangnya, mereka mempunyai satu masalah di mana Priya tidak boleh hamil. Apabila usaha untuk mengambil anak angkat gagal, Raj dan Priya menawarkan seorang pelacur iaitu Madhubala supaya menjadi ‘ibu tumpang’ bagi pasangan ini. Madhu bersetuju kerana pada waktu yang sama, dia sangat memerlukan wang. Namun, keadaan menjadi rumit apabila Madhu jatuh cinta terhadap Raj. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?
Pelakon: Preity Zinta, Salman Khan, Rani Mukerji, Amrish Puri dan Dalip Tahil.

‘Ady Valentino’, Sabtu, 29 Disember, 10.00 malam
Sinopsis: Ady, seorang jejaka berusia awal 20an yang bekerja sebagai ‘Mat Despatch’ di sebuah syarikat guaman di ibu kota. Ady menyimpan perasaan terhadap seorang gadis di pejabatnya bernama Maya walaupun Maya sering kali hanya mempergunakan Ady untuk kepentingannya. Selepas diperlekeh oleh teman sepejabat kerana berangan untuk memiliki Maya, Ady mengambil keputusan untuk melakukan kerja sambilan agar dia dapat membeli kereta mewah dan melamar Maya. Suatu hari, Ady menghantar bunga ke sebuah stesen televisyen. Tiba di sana, Ady bertembung dengan seorang gadis jelita membuatkan dia terpukau. Dengan bantuan rakan serumahnya, Zack, Ady mula mengorak langkah untuk mengenali gadis bernama Eyza, pembaca berita di stesen televisyen tersebut. Berjayakah Ady memikat Eyza?
Pelakon: Hazama, Eina Azman, Bella Daly, Zachery Francis dan Taiyuddin Bakar.

‘Konsert Jom Heboh Bukit Jalil’, Ahad, 30 Disember, 9.00 malam
Sinopsis: Istimewa sempena penutup acara padang terbesar tanah air, ‘Karnival Jom Heboh’ edisi ke-10, TV3 membawakan secara langsung dari perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, konsert menampilkan artis-artis popular, antaranya, Mojo, Kumpulan May, One Nation Emcees & Jimmy Palikat, Alyah, Hazama, Shima dan Jamal Abdillah.

‘Kung Fu Hustle’, Isnin, 31 Disember, 10.00 malam
Sinopsis: Keadaan menjadi kacau bilau di kota Shanghai, China pada tahun 1940an. Banyak kumpulan kongsi gelap bersaing untuk menakluki kota Shanghai, salah satunya kumpulan ‘Kapak Merah’ yang sangat ditakuti. Oleh kerana tiada siapa yang berani menentang kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini, rakyat dari pelbagai latar belakang yang mahu hidup damai memilih untuk tinggal di kawasan miskin, contohnya, ‘Pig Sty Alley’. Pada suatu hari, Sing dan Bone pergi ke kawasan tersebut untuk membuat kacau bagi menarik perhatian ketua kumpulan kongsi gelap. Apakah yang berlaku selepas itu?
Pelakon: Stephen Chow, Xiaogang Feng, Wah Yuen, Zhi Hua Dong, Kwok-Kwan Chan, Chi Chung Lam, Siu-Lung Leung, Qiu Yuen.

Karate Kid (1)

‘The Karate Kid’, Selasa, 1 Januari 2013, 10.00 malam
Sinopsis: Sebagai pendatang baru di Beijing, Dre Parker, 12 tahun, perlu menyesuaikan diri dengan budaya berbeza orang Asia. Asalnya, Dre mula menyukai China apabila dia jatuh cinta dengan rakan sekelasnya, Mei Yin. Namun kemudian, Dre dipukul oleh Cheng yang turut menyimpan perasaan yang sama terhadap Mei Yin. Dre diselamatkan oleh Mr. Han, seorang guru Kung Fu. Selepas itu, dia meminta Mr. Han untuk mengajarnya ilmu Kung Fu dengan tekad untuk menewaskan Cheng di pertandingan Kung Fu nanti.
Pelakon: Jaden Smith, Jackie Chan, Taraji P. Henson, Wenwen Han, Rongguang Yu.

Karate Kid (4)

Finalis Vokal 2 - Ucop (1)

Finalis Vokal 2 - Mar (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Sertai Peraduan Snap-Snap AJL27 Harian Metro

Pelakon Anne Ngasri Selamat Bernikah Dengan Sumali