in ,

TV3 Lancar Drama Terbaru Nazihah & Drama Bukan Bidadari

Pernahkah anda membayangkan nasib apabila terpaksa sehidup semati bersama dengan suami yang mengamalkan ilmu hitam ataupun kaki pukul hanya kerana ingin menakluki hati anda? Terbaru TV3 bakal menampilkan dua buah drama baru menerusi slot popular iaitu Zehra dan Lestary.

Drama “NAZIHAH” yang akan muncul di slot Zehra bakal menampilkan para pelakon hebat seperti Izara Aishah, Erry Putra, Ryzal Jaafar dan Zain Saidin. Mengisahkan Nazihah yang terpaksa menempuh hidup yang getir di samping Farouk sebagai suami yang mengamalkan ilmu hitam.

Manakala drama “BUKAN BIDADARI” yang berkisar mengenai kisah Inas yang dahulunya hidup mewah tetapi hidupanya berubah sekelip mata setelah kematian bapanya. Drama di slot Lestary ini mempersembahkan lakonan Nad Zainal, Azlee Khairi, Shaarnaz Ahmad, Sara Ali, Fiza Halim, Zuhairi Ibrahim, Muniff Isa, Azhar Sulaiman, Liza Zain, dan Wan Raja.

Satu majlis memperkenalkan pelakon akan diadakan tak lama lagi. Budiey akan mengemaskini info tentang drama ini ya. So, stay tuned, bebeh.

Izara Aishah

Izara Aishsh pelakon drama Nazihah

Zain Saidin

Zain Saidin

Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz Ahmad pelakon drama Bukan Bidadari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama A Untuk Abah Dan Bila Papa Pakai Pakai Kebaya

Fashion Star DIVA Universal