in ,

TV2 Siar Filem RICHIE RICH Lakonan Macaulay Culkin

Kisah si Richie Rich ternyata bukan sahaja menghiburkan sebaliknya sarat dengan makna yang menambah motivasi kita semua betapa pentingnya keluarga dan insan tersayang. Sedangkan ramai orang di luar sana beranggapan duit dan harta adalah segala-galanya. Plot filem ini jika ditonton keseluruhannya berjaya mematahkan pendapat tersebut.

Disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 27 Jun ini, pukul 2.00 petang di TV2, filem arahan DonalD Petrie tahun 1994 bertajuk “Richie Rich” ini dibintangi oleh Macaulay Culkin dan turut dibantu oleh John Larroquete, Edward Herrmann dan Christine Ebersole.

Momen Indah Bersama Keluarga Dalam Filem “Richie Rich” Lakonan Macaulay Culkin Di TV2

Momen Indah Bersama Keluarga Dalam Filem “Richie Rich” Lakonan Macaulay Culkin Di TV2

Kisahnya mengangkat watak Richie Rich, merupakan anak tunggal dari seorang yang kaya raya bernama Mr.Richard Rich. Begitu pun dia tidak seperti anak hartawan kaya raya yang lain kerana sikap berani yang luar biasa dimilikinya. Dia teringin untuk bermain besbol dengan teman-teman sebayanya namun dilarang oleh Cadburry, pengawal setia diupah oleh keluarganya. Tetapi akhirnya dengan segala usaha Richie berhasil apabila dia berjaya meloloskan diri daripada kawalan tersebut.

Perusahaan milik Mr. Richard Rich menjadi tumpuan beberapa komplot yang berniat jahat terhadap keluarga Rich. Di sini konflik dalam keluarga cilik bermula. Pada awalnya keluarga Rich tidak menyedari hal tersebut hingga akhirnya kedua orang tua Richie diculik dan dibawa ke suatu tempat terpencil dan terputus hubungan dengan dunia luar termasuk Richie.

Perusahaan keluarga Richie mulai mengalami perubahan apabila Richie mengambil alih perusahaan ayahnya tersebut walaupun ramai yang tidak setuju bahawa remaja dibawah umur 17 tahun seperti mengambil alih kepimpinan sebuah perniagaan.

Konflik bermula bila Richie hampir-hampir sahaja percaya kedua orang tuanya telah tiada, namun situasi tersebut berjaya ditepis bila Richie berjaya mengesan lokasi mereka iaitu dalam kapal di tengah lautan. Kawan-kawan Richie turut membantu mengesan siapakah dalang sebenar di sebalik penculikan tersebut.

Ternyata mereka paling menginginkan harta paling berharga milik keluarga Richie yang berada di dalam patung raksasa setinggi kurang lebih 100 meter. Di dalam patung tersebut ada sebuah bahagian rahasia yang pintunya hanya dapat dibuka dengan isyarat oleh anggota keluarga Rich. Keluarga Rich tertangkap oleh komplot dilakukan pada malam hari.

Mereka mendesak Mr.Richard Rich untuk membuka pintu ruangan rahasia yang merupakan harta paling berharga bagi keluarga Richie. Tahukah ada apakah isi ruangan tersebut?

Betapa terkejutnya pen jahat tersebut setelah mengetahui isi dari ruangan itu ialah barang-barang kenangan keluarga Rich, sejak kedua orang tuanya bertemu hingga Richie lahir. Tidak ada harta berharga baik seperti wang, perhiasan dan sebagainya yang dapat diambil oleh penjahat tersebut. Mereka kecewa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri HANTU KAMPUNG MANGGIS Lakonan Dazrin Kamaruddin

RTM Kembalikan Drama Bersiri Persilatan PENCAK