in

TV2 Siar Filem Klasik THE MAN WITH THE GOLDEN GUN

Filem Klasik “The Man With The Golden Gun” pada 5 Julai Ini di TV2. Peminat filem James Bond pastinya mengingati watak antagonis dibawakan pelakon veteran tersohor Sir Christopher Lee yang terkenal dengan lakonan sebagai Francisco Sacramanga dalam filem James Bond ke-9 iaitu “The Man with the Golden Gun”.

Telah membintangi lebih 250 filem sejak dari tahun 1950an, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan filem hebat lakonan berkesan beliau yang dikatakan meninggal dunia dalam bulan Jun lalu disebabkan penyakit radang paru-paru pada umur 93 tahun.

The Man with the Golden Gun (1974) bakal menemui penonton 5 Julai ini, pukul 12.00 tengah malam menerusi saluran TV2. Filem ini merupakan filem kedua bagi Roger Moore membawakan watak James Bond. Lagu tema filem ini yang sama judulnya dinyanyikan oleh Lulu. Sutradara filem ini adalah Guy Hamilton. Sementara untuk komposer album muziknya oleh John Barry.

Menariknya filem ini yang diangkat daripada novel Ian Fleming tahun 1965 yang berjudul sama mengisahkan tentang seorang penjahat yang menggunakan sebuah pistol dan peluru emas dalam melaksanakan misinya. Istimewanya peluru tersebut telah dipesan secara peribadi dari Hong Kong.

Sementara itu kemunculan Francisco Scaramanga, individu yang bertanggungjawab penggunakan pistol dan peluru emas tersebut ternyata memiliki rencana lain. Ia mengembangkan sebuah senjata pemusnah massal yang menggunakan tenaga cahaya matahari. Ternyata ia bertujuan untuk menghancurkan beberapa negara yang ia anggap sebagai musuh.

Mampukah James Bond menumpaskan niat jahat tersebut? Kongsikan aksi-aksi menarik penuh mendebarkan ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berbuka Puasa di SATOO di Shangri-La Jakarta

WARNA RAMADAN Temui Pendengar NASIONALfm