in , ,

TV2 Siar Filem Klasik HAATHI MERE SAATHI

Bila sahaja menyebut tajuk filem “Haathi Mere Saathi” pastinya anda dapat membayangkan filem klasik Hindustan yang jalan ceritanya memberikan inspirasi hubungan jujur dan erat antara seorang pemuda dengan gajah peliharaannya yang disulami dengan drama air mata.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menggamit kenangan filem popular tahun 1971 lakonan Sujit Kumar, Tanuja, David dan Rajesh Khanna ini dengan menyiarkannya mengisi slot Bollygood di TV2 pada 9 Oktober ini, pukul 9.30 malam.   

Filem arahan M. A. Thirumugam ini menonjolkan kasih sayang seorang lelaki terhadap beberapa ekor gajah yang dibela olehnya sejak kecil dan bagaimana dia menghadapi beberapa halangan dan masalah untuk memeliharanya.

TV2 Siar Filem Klasik HAATHI MERE SAATHI

Imbas kembali kisah seorang lelaki bernama Raju dan empat ekor gajah yang menjadi temannya. Raju sangat menyayangi empat ekor gajah yang menyelamatkan dia dari serangan seekor harimau kumbang semasa dia kecil. 

Selepas berkahwin, isteri Raju yang bernama Tanu, tidak suka pada binatang-binatang itu dengan alasan bahawa suatu hari nanti anak mereka akan dibunuh oleh salah satu daripada gajah tersebut. 

Oleh kerana itu, beliau memaksa suaminya membuat pilihan di antara gajah ataupun keluarga mereka. Apabila Raju enggan membuat keputusan, isteri Raju meninggalkan beliau dan duduk bersama bapanya. 

TV2 Siar Filem Klasik HAATHI MERE SAATHI

Seterusnya, Ramu, gajah kesayangan Raja, pergi memujuk Tanu untuk kembali ke rumah suaminya dan dalam pada itu dia juga berjaya menyelamatkan anak Tanu dari diserang oleh seekor ular. 

Insiden ini membuat isteri Raju menukar persepsi buruknya terhadap haiwan itu. Begitu pun, bahagia yang dirasai oleh Raju kerana dapat bersama-sama dengan isteri dan Ramu tidak lama kerana satu hari Ramu telah ditembak mati oleh seorang musuh Raju dalam insiden pertempuran yang tidak disangka.

Saksikan babak-babak penuh air mata yang diselang-selikan lagu-lagu menggamit kenangan ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Judika Bakal Nyanyi Lagu Popular di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP)

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) Versi Sarawak