in

TV2 Siar Drama LEGENDA KARTUNIS FATAH

Khas Hari Seniman “Legenda Kartunis Fatah” di TV2. Siapakah yang tidak membaca komik? Daripada golongan tua hinggalah golongan muda, komik memiliki penggemar dan pengikutnya sendiri. Antara semua komik di Malaysia, kelahiran komik Gila-Gila pada tahun 1978 menandakan satu detik bersejarah buat peminat komik tanah air. Antara kartunis yang paling terkenal dalam komik Gila-Gila ialah Fatah yang terkenal menerusi siri A.Mamud dan Lagak A.Mamud.

Mengagumi bakat legenda ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang meraikan Hari Seniman sepanjang Mei ini menyiarkan program khas bertajuk “Legenda Kartunis Fatah” pada 8 Mei ini, pukul 6.00 petang menerusi saluran TV2.

LEGENDA KARTUNIS FATAH

Sepanjang sejam siarannya, program ini mendekati kartunis Fatah menerusi kaca mata orang yang terdekat dengan beliau seperti ahli keluarga dan teman-teman kartunis seangkatan beliau.

Karya Fatah kebanyakkannya sering menggunakan latar budaya dan sosial masyarakat melayu luar bandar sememangnya begitu dekat di hati orang ramai terutamanya peminta tegar komik Gila-Gila.

Pengisian program antaranya dimana penonton dapat mengikuti sejarah latar belakang keluarga kartunis legenda pemilik nama sebenar Abdul Fatah bin Ngah yang berasal dari Dungun, Terengganu ini.

Menariknya program ini turut berpeluang mendekati beliau dari sudut pandang ibu beliau sendiri iaitu Puan Kelesom Ibrahim yang bercerita tentang zaman kanak-kanak dan persekolahan beliau yang sentiasa mahu kan kesempurnaan dalam apa sahaja perkara. Meskipun dalam hal sekecil perkara seperti mengikat tali kasut sekolah.

Turut berkongsi pendapat tentang insan seni istimewa ini antaranya adik-beradik beliau sendiri iaitu komposer lagu terkenal Manan Ngah, Abdul Ghafar Ngah dan Laili Ngah.

Ikuti kisah perjalanan seninya mula berkembang setelah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Temu bual bersama kartunis sengakatan dengan beliau iaitu Zainal Buang Hussein turut dilakukan. Beliau berpendapat mengatakan karya Fatah adalah tulen daripada hati dan nurani, manakala menurut Dato’ Mohammad Nor Khalid (Lat), beliau dapat memberi kepada kita cerita-cerita yang membuatkan kita ketawa.

Turut ditemubual kartunis lain seperti Jaafar Taib dan Dato Azman Yusof.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Aksi dan Emosi Pesakit Autisme Dalam Filem HARIDAS

Zamani & Pasangan Didenda RM5,500 Ambil Dadah