in

TUJUKAN LAGU KEPADA YANG TERSAYANG DENGAN DIGI MUSIC STORE

Boleh dikatakan setiap hari Budiey terima gossip pasal artis nih. Kadang-kadang, gossip yang Budiey terima tu tak tentu betul ke tak. Gosip artis yg tak popular pun Budiey ada dapat. Yelah, lain orang lain kerenahnya… pemberi maklumat tu tidaklah betul sangat pun. Jadi, kena hati-hati… Boleh dikatakan 60% gossip adalah direka-reka untuk tujuan tertentu. Sesuatu cerita atau gossip bagi Budiey hendaklah diperiksa asal usul dan kesahihannya, betul tak?

Sahih tak sahihnya gossip tu… terpulang pada sumber. Macam juga berita yang disampaikan dari mulut ke mulut. Perkara yang besar jadi bertambah besar… macam gosip yang melanda Dato’ Siti, dengar berita, Datuk K akan saman si penyebar fitnah tu. Mmm… hati-hati!

Macam jugak pasal berita yg Budiey baru terima sekarang ini… DiGi buat laman web untuk music dan boleh lak dedikasi ucapan serta lagu secara live kepada penerima. Fuh biar benar. Lepas tu, nak tahu perkara tu benar ke tidak.., Budiey terus lawati laman web DiGI… Ha, rupanya sahih! Sah! DiGi memang sediakan khidmat untuk tuju lagu melalui laman webnya.

Mulanya, macam tak percaya lak macamana boleh cerita nak dedikasikan melalui telefon bimbit… Bercakap pasal Music Store… haa ingat barang je ke ada store… music pun boleh letak dalam store jugak! Ha, katanya, Kongsi Apa Aje Dengan Music Telegram.

MULA-MULA… JOM JOIN DiGi MUSIC STORE DULU
Berita baik untuk korang yang suka dengar lagu, DiGi telah melancarkan DiGi Music Store untuk korang semua nikmati. Layari: www.digi.com.my/music . Taglinenye… Kongsi Apa Aje Dengan Music Telegram… hahaha apa-apa aje!

Haa… itulah orang kata… sekarang ini muzik pun sudah berada di hujung jari. Dalam internet, kalau takde lagu pun tak best. Mesti ada lagu, kalau tak memang dunia kita akan sunyi. Cuma klik sahaja, dan cari muzik atau lagu kegemaran korang. Senangnya, ek?

JOM JOIN DiGi Music SEKARANG!

Bagaimana Caranya?

Pertama sekali, log on ke website ini: www.digi.com.my/music

Jangan lupa untuk mendaftar. Senang je, tak sampai 5 minit pun! Kemudian korang boleh tengok banyak lagu-lagu yang menarik. Budiey sampai rabun mata, tak tahu mana satu lagu yang best… semua best dan terkini!


Wow… banyaknya lagu korang boleh pilih. Macam-macam lagu ada… Bila dah register tu, macam-macam benda korang boleh buat… nak dengar music boleh… hehe, nak minum muzik je yang tak boleh. Hehe gurau aje.

Budiey tengok sekarang ini kan, banyak cara untuk menujukan lagu. Kalau dulu, kita selalu tujukan lagu menerusi ucapan di radio. Sekarang, dunia dah maju, cara pun dah ikut berubah. Dunia teknologi dan internet menyenangkan dan merapatkan lagu hubungan antara kita.

Nak tuju lagu kepada kawan-kawan dan keluarga… ha, sekarang ini DiGi sediakan platform untuk korang. Dengan melayari Music Telegram di www.digi.com.my/music, atau sms GET MUSIC dan hantar ke 2000, korang boleh hantar music pada handphone kawan.

Selain laman DiGi Music, sekarang korang boleh memilih lagu dari satu senarai lagu untuk dihantarkan kepada kawan-kawan. Senarai lagu akan disediakan oleh DiGi. Dan yang menariknya, lagu-lagu yang disenaraikan itu juga akan mewakili emosi dan perasaan anda ketika itu. Kalau anda gembira, korang boleh pilih lagu yang happy dan rancak. Kiranya, irama dan lirik lagu menjadi wakil bagi menyampaikan hasrat dan perasaan anda ketika itu.

Oklah Budiey pun nak tujukan lagu kepada tunang Budiey… ini dia Budiey dah buat satu untuknya… sorrylah jiwang sikit.

Budiey kasi contoh: Kalau seorang pelajar nak hantar sebuah lagu kepada gurunya dan sekaligus nak cakap kat gurunya tadi betapa dia sayang sangat kat gurunya tadi, dia boleh memilih lagu dari senarai lagu-lagu Cinta.

Kalau seorang yang sedang kecewa putus cinta dengan kekasih pula… haa bolehlah pilih lagu dari senarai lagu sedih dan kecewa. Jadi, apabila sebuah lagu itu dipilih, penyampai radio akan buat panggilan kepada penerima (orang yang ditujukan lagu) dan seterusnya akan menyampaikan pesanan dari anda. Setelah pesanan disampaikan, penyampai radio akan memutarkan lagu itu. Haaa, mesti seronokkan?

NAK TUJU LAGU DENGAN CARA LEBIH MENYENTUH JIWA… BUKAN MASALAH LAGI!

Lebih menyeronokkan lagi, ucapan dedikasi yang paling menarik akan berpeluang untuk diperdengarkan secara live di lokasi di mana penerima itu berada. Huhu… macam dah jadi realistik la pulak kan? Siap ada band music yang datang ke rumah si dia nyanyikan lagu yang kita minta.

Untuk info korang, dedikasi ucapan dan lagu terkini yang diminta akan berada di website, jadi… stay tuned dan teruskan melayari website DiGi nih. Barulah gempak, beb!

Bukan itu sahaja, dalam tempoh promosi ini, terdapat beberapa stesen radio yang akan mempromosikan Music Telegram seperti Radio Hitz FM, Era FM, My FM dan juga persembahan secara live yang dibawakan oleh Music Squad dari DiGi untuk aktiviti yang dianjurkan.

Mulai sekarang hingga 8 Februari, korang akan boleh tujukan lagu dan mesej kepada kawan-kawan dan sesiapa sahaja dan… dedikasi korang berpeluang diperdengarkan di radio  Radio Hitz FM, Era FM, My FM. Dan yang paling hebat, kalau ucapan tu mantap, unik dan syahdu syahdan dedikasi korang akan dipersembahkan sendiri oleh DiGi Music squad di depan pintu rumah. Itu pun kalau dedikasi korang tu memang gempak giler. So, kena kreatif la ek!

Budiey kira ini satu fenomena baru yang lebih fresh di mana perasaan anda akan disampaikan melalui gaya yang baru. Khususnya untuk pengemar muzik generasi muda. Korang pasti rasakan ianya suatu yang mengujakan.

Oklah… apa tunggu lagi… ini lah masanya nak buat kejutan untuk insan tersayang… hantar sebuah lagu kepada kawan korang dengan Music Telegram dari DiGi ni. Sekurang-kurangnya, cerialah sikit kawan kita tu kan. Kalau korang nak melayari website DiGi ni melalui WAP pun boleh juga… Layari: wapmusic.digi.com.my atau taip SMS GET MUSIC dan hantarkan kepada 2000.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SMS Ugutan dari Seri Bayu

Senarai Pelakon Kasut Tumit Tinggi