in

TRAXXfm’s Upstage Indie Fest 2011

KEUNIKAN TRAXXfm’s Upstage Indie Fest 2011

Stesen radio TRAXXfm dengan bangganya mempersembahkan TRAXXfm UPSTAGE INDIE Fest 2011-Persembahan hebat menampilkan artis Malaysia yang memperjuangkan muzik indie. Antara barisan artis baharu yang bakal membuat persembahan pada konsert ini ialah Kumpulan Tashya’s Ink, Kumpulan Kyoto Protocol, Kraft, Nadhira, Tactmatic, Kumpulan Beat the System, James Baum, Kumpulan Senoritas dan Kumpulan Wanted Symphony. Penampilan istimewa oleh Kumpulan Monoloque!

Kami menampilkan barisan artis-artis indie tempatan baharu yang memiliki bakat seperti artis indie popular masa kini. Tactmatic umpamanya memperjuangkan muzik hip-hop dan beliau mempunyai studio rakaman sendiri yang dipanggil ‘TACT RECORDS’. Tactmatic telah melakukan banyak persembahan di samping memenangi beberapa pertandingan seperti TYGS (Think You Got Skillz), KL Slam Jam dan the Illestcipher yang diadakan di Singapura.

DJ Alvin dan DJ Fad Da Dliyo sedang berinteraksi dengan penonton di showcase gig TRAXXfm di Library,The Curve

Kumpulan Tashya’s Ink pula dianggotai oleh empat orang rakan; Tashya (vokalis), Iriz (gitar), Ike (bass) dan Wan (drum) yang mampu membawa pelbagai genre muzik seperti blues, alternative, pop rock dan acoustic. Kumpulan ini juga bakal menggegarkan The Boulevard, Berjaya Times Square pada 24 September ini.

Begitu juga Nadhira Nishaa seorang artis baru yang semakin menempa nama sebagai penyanyi R&B dan penulis lagu. Telah menghasilkan album “From  Malaysia With Love” pada bulan Mei 2010, single pertamanya menerusi lagu “Breaking Up” telah membawa nama Nadhira sebagai artis antarabangsa setelah berduet dengan King Lhota dari Negara  Senegal. Beliau yang sering membuat persembahan jelajah di luar Negara, akan turut bersama artis indie yang lain berkongsi pentas akan bersama artis indie yang lain bagi memeriahkan Upstage Indie Fest 2011 sabtu ini.

Persembahan istimewa akan menampilkan kumpulan Monoloque yang dianggotai Loque sebagai gitaris, vokalis dan keyboardis, Kadax bassis lioo (gitaris),Loko (dram) dan apex (keyboardis dan gitaris).Kumpulan Monoloque juga dikenali menerusi lagu seperti “Kekanda Adinda”,”Gurindam Hutan Batu”,dan “Tiada Kata Secantik Bahasa “.

Pada masa ini, TRAXXfm mengadakan program ‘TRAXXfm Upstage Goes Live’ di the Library @ The Curve yang bertempat di Mutiara Damansara. Program seumpama ini adalah platform kepada artis indie untuk membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton dan sambutan yang diterima pada setiap persembahan adalah amat memberangsangkan!. Ia juga merupakan satu program carta lagu-lagu indie yang ke udara setiap selasa pukul 10.15 malam hingga 11.00 malam dalam segmen `Upstage Chart Show`.

TRAXXfm Upstage Indie Fest merupakan persembahan bertenaga daripada 10 artis indie yang pernah membuat ‘gig’ di program kami sebelum ini. Ia bakal diadakan di The Boulevard, Berjaya Times Square dari 5 petang hingga 10 malam pada 24 September 2011.

Sepanjang lima jam itu, deejay-deejay TRAXXfm juga akan ‘turun padang’ bertemu dengan para pendengar dan penonton untuk bersama memeriahkan lagi program `gig` tersebut,disamping menyertai permainan interaktif yang akan diadakan.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk memenangi pelbagai hadiah menarik secara percuma. Program TRAXXfm UPSTAGE juga memberikan lebih banyak pilihan kepada para pendengar untuk mengikuti muzik Indie yang popular, baharu dan merupakan platform kepada kumpulan indie tempatan menonjolkan bakat mereka,

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Madonna di  talian  016-6911 434 atau Aliff di 019-2623 266 atau layari www.traxxfm.net. Persembahan hebat ini bakal menampilkan suatu kelainan yang pastinya membuatkan anda mengingatinya sampai bila-bila! Jumpa anda di sana!.

penonton bersorak bersama kumpulan Senoritas yang bakal membuat persembahan `Upstage IndieFest 2011 24 september ini

kumpulan Bed Room Sanctuary beraksi ketika `Upstage Goes Live`

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ceritera Wanita Lakonan Zarynn Min

Drama Peliknya Cinta Lakonan Baizura Kahar