in , ,

Travelog Jelajah Korea Selatan Bersama Christina Suzanne dalam KAMPUSPEDIA

Menampilkan hos Cristina Suzanne, 13 episod program travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton menyertai penjelajahan beliau ke pusat pengajian tinggi terpilih di negara Korea Selatan.

Christina bersama-sama seorang pelajar Malaysia yang menuntut di universiti berbeza setiap episod meninjau tempat-tempat menarik untuk makan, membeli-belah dan melancong. Diberi tajuk KAMPUSPEDIAprogram ini menemui penonton mulai 15 Februari ini, setiap Jumaat, pukul 4.30 petang di TV1.

Discovering Gwangju through Art, Food & Culture with Azilah

Travelog Jelajah Korea Selatan Bersama-sama Christina Suzanne Dalam KAMPUSPEDIA di TV1

Episod pertama penonton berkongsi keterujaan hos ke lokasi menarik di Incheon, Korea Selatan bertemu dengan Ahmad Zahiruddin, pelajar Universiti Inha, Incheon. Selepas berkenalan, mereka meninjau kedai-kedai berdekatan universiti dan kemudiannya ke makmal pembelajaran binaan model kapal di Universiti Inha. Ketika Ahmad Zahiruddin menghadiri kuliah, Christina ke Jayoo Park dan Chinatown. 

Kunjungan ke lokasi yang menjadi sebutan ramai, Seoul bertemu dengan Gesyeana Bazlyn, pelajar Universiti Hanyang Seoul meninjau kedai berdekatan universiti di Insadong. Selepas itu mereka melawat kawasan universiti dan bilik–bilik kuliah juga meluangkan masa bersiar-siar di kawasan rekreasi sepanjang Sungai Cheong-gye-cheon. 

Hos…Christina Suzanne di Korea

Masih di Seoul, temu bual bersama-sama Nurul Syafiqah, pelajar Universiti Chung Ang, Seoul. Bermacam aktiviti dilakukan bersama-sama termasuklah meninjau kedai dan kawasan kampus universiti tersebut. Menariknya, Christina dapat belajar menyediakan kimchi di   Akademi Kimchi Seoul juga menjamu selera di Restoran Eid yang dimiliki oleh Encik Yusuf.

Seterusnya menemui Tan Zhen Zheng, pelajar Universiti Korea, Seoul, dan dibawa ke Menara Namsan, satu menara komunikasi terkenal di Seoul. Aktiviti dilakukan mengunjungi kedai-kedai makanan kegemaran pelajar-pelajar Universiti Korea. Mereka kemudiannya menaiki feri menikmati pelayaran dan pemandangan indah sepanjang Sungai Han yang mempunyai tiga puluh satu buah jambatan. Pada sebelah malam pula mereka ke K-Star Road di mana terdapat banyak patung beruang yang dibina mewakili kumpulan K-Pop popular di Korea Selatan.

Lokasi menarik berikutnya singgah di Suwon, Korea Selatan menemui Hani Ihsanuddin, pelajar Universiti Sung Kyun Kwan, Suwon, Korea Selatan. Di sini mereka meluangkan masa melawat kawasan kampus, perpustakaan universiti dan menyertai mesyuarat Kelab Toastmasters yang dipengerusi oleh Hani. Akhir sekali mereka menaiki belon udara di Kota Kubu Suwon untuk menikmati pemandangan bandar Suwon.

Berada di Yeongju, Korea Selatan, Christina melawat kawasan DMZ (Demilitarized Zone), sempadan selebar empat kilometer antara Korea Utara dan Korea Selatan di Imjingak. Temu bual dilakukan dengan Selvamalar Muniamdy, pelajar Universiti Dongyang Mirae, Yeongju. Mereka kemudiannya singgah di Sky Dome, stadium permainan besbol dan Istana Gyeongbok Gung. Sementara itu di Chungju, Korea Selatan, ikuti temu bual bersama-sama Dayang Natasya Ahmad Zailani, pelajar Universiti Konkuk, Chungju. Natasya membawa Christina melawat kawasan kampus Universiti Konkuk, makan di kedai makan Min Burg juga menaiki bot ke Pulau Nami menikmati keindahan pokok-pokok pada musim luruh.

Bersama-sama Nurafina Alias, pelajar Ewha Womans University, Seoul, bersiar-siar berdekatan universiti tersebut di Seodamun-gu. Mereka menikmati makanan di Restoran Alchon dan sempat berkenalan dengan Encik Lee, pemilik Thanks Nature Cafe, yang menarik pelanggan dengan membela dua ekor biri-biri Lulu dan Lala yang putih, comel dan menawan.

Menarik di Daejeon, Korea Selatan mengunjungi Taman Negara Gyeryongsan bersama-sama Nur Amalina Wahab, pelajar Universiti Kaist, Daejeon. Mereka disajikan pelbagai jenis makanan, pakaian dan kraf tangan yang dijual di situ. Kemudiannya menuju ke Sungai Gapcheon dan membeli roti di Sung Sim Dang. Istimewanya mereka berpeluang melihat pokok epal generasi ke empat daripada pokok epal di mana Sir Isaac Newton mendapat ilham mengemukakan teori kegravitian semasa duduk di bawah pokok tersebut. 

indah…lokasi dikunjungi Christina

Berikutnya Cristina ke Gwangju, Korea Selatan singgah di Jeonju Hanok Village yang mempunyai 800 buah rumah tradisional. Di sini temu bual dengan Azilah Abdul Aziz, pelajar Gwangju Institute of Science and Technology. Mereka berkesempatan melawat kawasan perkampungan Yangnim-dong dan meninjau Muzium Seni Han Heewon, Penguin Village dan Rumah Lee Jangwu.

Kembara di Busan, Korea Selatan menemukan Cristina dengan Izwan Ikmal Rozlan, pelajar Universiti Silla ke Pantai Haeundae yang menjadi tumpuan pelancong pada musim panas. Mereka makan di Restoran Rindu Kampeong yang terkenal dengan makanan Indonesia. Selepas itu mereka ke Taman Yong Dongsan dan menaiki Menara Busan untuk melihat panorama bandar dan pelabuhan Busan. Pada waktu malam Izwan, tiga orang rakannya dan pengacara menghiburkan diri dengan nyanyian karaoke Korea yang dipanggil Noraebang.

Ke tempat menarik di Jinju, Korea Selatan bersama-sama Rebecca Thien Tze Yean, pelajar Universiti Kebangsaan Gyeongsang, Jinju. Selepas berkenalan, mereka ke Kubu Jinjuseong dan melawat kubur keramat Nongae, wirawati yang telah menyelamatkan ramai askar Korea semasa serangan Jepun. Mereka membeli-belah di Pasar Joong-ang juga meninjau projek kajian aeronautik pelajar Rebecca di makmal Universiti Kebangsaan Gyeongsang dengan mengawal dron yang diatur cara oleh Rebecca.

mencuba makan pisang kaki di Korea

Episod akhir membawa penonton di Gumi, Korea Selatan bertemu dengan Noor Atiqa Mohd Salleh, pelajar Institut Teknologi Kumoh. Lokasi pilihan di Taman Peringatan Park Chung-hee dan melihat rumah kelahiran dan tugu peringatan mantan presiden Korea Selatan Park Chung-hee. Mereka bersiar-siar di Taman Geumosan dan menaiki kereta kabel ke puncak gunung Geumosan juga berpeluang melihat rumah ibadah Buddha, Gua Doseon, Air Terjun Daehye dan keindahan semula jadi pokok-pokok berwarna-warni di situ.

lokasi menarik di Korea

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Janna Nick Masuk Askar dalam LEFTENAN ZANA

Anugerah Juara Lagu 33 Trending di Youtube Malaysia