in , ,

Travelog Alam Safari Dalam SAFARI BROTHERS Di TV1

Memaparkan dua beradik membawa pelancong safari untuk meninjau dengan lebih dekat kehidupan pelbagai jenis haiwan yang hidup lepas, bebas dan memburu untuk makanan.

Momen-momen menarik ini dikongsikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi program “Safari Brothers” mulai 26 Mac ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.30 petang di TV1.

Enam episod program travelog disiarkan mengisi slot World Watch ini mengetengahkan gandingan hos dua beradik iaitu Grant dan Brent memulakan kembara di Okavango Delta, di Botswana, Afrika Selatan untuk menerima kunjungan percutian sebuah keluarga yang mahu menerokai dan meninjau kehidupan binatang yang bebas tanpa kawalan.

Perjalanan untuk mengelilingi safari ini boleh mencecah hingga 10 hari lalu Grant dan Reed membuat persediaan awal membina kem penginapan manakala pelancong sekeluarga akan di bawa menaiki bot laju masuk ke kawasan berpaya tempat berkumpul gajah Afrika ini dan mendekatkan mereka dengan habitat haiwan lain.

https://flic.kr/p/2jWtTZT

Mereka sebenarnya terdedah kepada ancaman haiwan liar dan pemangsa seperti buaya, singa, ular dan harimau. Mark Petchey tiba bersama isteri dan dua anak gadisnya untuk menikmati percutian yang mencabar buat kali pertama. Kunjungan mereka ini adalah pengalaman bernilai dalam kehidupan mereka. Menjelajah ke setiap zon habitat hidupan liar tanpa perlindungan keselamatan adalah sesuatu peluang yang tidak dimiliki oleh semua manusia. Mereka melihat dengan lebih dekat dan mengambil foto sebagai kenangan hingga ke akhir hayat.

Dalam episod ‘Raging Bull’  sama-sama jelajah Letaka Safari yang telah beroperasi selama 15 tahun untuk membawa pelancong mendekati habitat pelbagai jenis haiwan. Mereka juga menubuhkan ‘Okavango Guiding School’ untuk latihan khusus. Grant dan Brent melatih 6 individu dari pelbagai negara untuk memperolehi sijil pengawal yang diiktiraf. Misi mereka adalah menjejaki singa, lembu, badak sumbu, gajah dan harimau kumbang. Kesemua pelatih berhadapan dengan ancaman binatang buas dalam siri latihan mereka. 

Mereka membentuk kerjasama berpasukan untuk melindungi satu sama lain dalam menghadapi rintangan dan ancaman. Cabaran terbesar adalah menjejaki seekor singa yang telah hilang dan tidak dapat dikesan. Pada hari kedua, mereka berjaya menemui singa tersebut. Singa itu rebah dengan suntikan pelali, diberi rawatan dan kemudian dibebaskan. Ini menjadikan pengalaman paling berharga buat semua pelatih.

Tajuk ‘Croc Crisis’,  Letaka Safari menerima kumpulan pelancong baru yang teruja untuk melihat bagaimana binatang liar membaham haiwan lain. Sebaik tiba, mereka dapat melihat 3 ekor singa meratah seekor lembu dan kemudian melihat aksi kejar mengejar 3 ekor anjing liar memburu mangsa. Grant pula memenuhi permintaan untuk menangkap seekor buaya yang terlepas ke perkampungan dan membaham 2 penduduk dan seorang kanak-kanak terlepas dari gigitan di lengannya. Grant dan Brent memasang sangkar untuk menangkap buaya sementara Mike pula membawa kumpulan pelancong mendekati singa yang sedang berehat. 

Nyata kehadiran mereka tidak diancam dan mereka semakin yakin meninjau lokasi lain. Perangkap buaya yang dipasang membuahkan hasil dan dibawa pulang untuk dilepaskan di Safari namun Grant tidak pasti samada buaya itu yang membaham penduduk. Kumpulan pelancong berlepas pulang membawa memori dan kenangan yang bermakna.

Episod ‘Night Stalkers’ pula Grant menyambut ketibaan 6 tetamu untuk percutian 3 hari 2 malam di Letaka Safari. Brent pula masuk ke ‘Chobe Elephant Camp’ untuk melatih pelajar baru untuk mengendalikan gajah dan menyelamatkan diri dari amukan. Sementara kumpulan pelancong diganggu oleh badak sumbu pada malam pertama. Brent pula mendapat panggilan kecemasan dari jiran apabila seekor ular masuk ke kamar tidur anaknya. Grant membawa pelancong keluar pada waktu malam dan mereka kerap berdepan dengan binatang buas yang rasa terancam dan mahu bertindak balas. 

Sementara itu dalam episod ‘Meerkat Madness’, Grant menyambut ketibaan 4 tetamu untuk percutian 3 hari 2 malam di Letaka Safari untuk melihat sendiri kehidupan semula jadi haiwan di alam habitat. Mereka sangat teruja untuk melihat kumpulan hariwan memburu dan mencari makanan. Dalam keseronokan itu, pada hari kedua mereka bertembung dengan dua ekor gajah. Situasi mencemaskan ini akhirnya berakhir kerana Grant bijak mengawal keadaan hingga gajah berlalu pergi. 

Sementara Brent pula mendapat permintaan khas dari kumpulan akan datang untuk membawa mereka meninjau kumpulan haiwan bernama ‘Meerkat’ yang dikatakan mempunyai tingkah laku yang amat bijak. Brent terpaksa masuk jauh ke kawasan ‘Makgadikgadi Salt Pans’ untuk mencari haiwan ini. Ternyata ia amat sukar kerana haiwan ini bersembunyi di dalam tanah.

Menarik dikongsikan dalam tajuk ‘Leopard Spotting’ dimana musim hujan tiba dan pergerakan haiwan bertebaran berbanding musim panas kerana haiwan akan berkumpul di punca air untuk minuman mereka. Musim hujan ini, semua binatang berkeliaran mencari perlindungan dari kesejukan. Brent menyambut ketibaan 6 pelancong yang tidak sabar untuk mencari singa dan harimau bintang. Salah seorang pelancong terjumpa ular sawa di dalam kamarnya manakala Mike Reed pula menghadapi masalah bekalan air bersih, demikian antara cabaran pada kumpulan ini.

Masuk hari kedua, Grant menghantar makanan ke kem penginapan walau bagaimanapun kenderaannya tersangkut di paya. Dia keseorangan untuk menghadapi detik cemas itu sambil diintai binatang buas. Hasrat semua pelancong untuk melihat singa dan harimau bintang akhirnya tercapai pada hari terakhir. Brent berhenti hampir dengan binatang itu dan tiada tindak balas agresif. Harimau bintang itu seolah-olah sudah mengenali mereka semua.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COVID-19: Penangguhan Konsert 4G, AME 2020 & FFM31 Perintah Kawalan Pergerakan

Pengorbanan Pesakit Kanser Dalam Telemovie CINTA DISERTASI Arahan Heykal Hanifah