in , ,

Tony Eusoff Angah Raja Lawak Drama Teksi Millenium TV2

KONGSI RAGAM PEMANDU TEKSI DALAM TEKSI MILLENIUM DI TV2

Sebagai berkongsi rutin harian pemandu teksi berdepan dengan pelbagai ragam penumpang, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 5 April 2011, setiap Selasa, jam 10.00 malam membawakan drama bersiri Teksi Millenium yang disiarkan menerusi TV2. Arahan Rohaizulfarridz, Unit Drama TV RTM, Teksi Millenium bakal berkongsi dengan penonton dimana memaparkan kisah suka-duka kehidupan pemandu teksi di bandar metropolitan. Siri 13 episod ini membawa isu-isu semasa berkaitan pemandu teksi, penumpang teksi, penipuan, penculikan dan sebagainya. Hakikatnya secara tidak langsung, ia banyak menyelitkan unsur-unsur pengajaran kepada penonton.

Babak-babak realiti yang memaparkan kehidupan harian pemandu teksi lelaki dan wanita yang berhadapan dengan pelbagai ragam penumpang setiap hari ‘dihidupkan’ oleh pelakon-pelakon yang membintangi drama rantaian yang diselitkan dengan unsur komedi selain menyelitkan pengajaran dalam setiap episod siarannya ini.

Atie AF jadi pemandu teksi

Episod menarik yang ingin dikongsi antaranya kisah Ganesh dan Yunos telah berhadapan dengan situasi yang menyebabkan mereka berubah fikiran mahu memasang meter beresit demi kebaikkan semua. Segalanya berlaku apabila Amir, telah menipu Ganesh dengan tidak membayar tambang teksi.

Situasi yang berlainan berlaku kepada Yunos pada hari yang sama berlaku pada Ganesh. Sejak peristiwa yang melanda kepada Ganesh dan Yunos, pemandu yang lain telah berubah fikiran dan mahu memasang meter yang mempunyai resit demi untuk kemudahan dan mengelakkan daripada dimaki oleh penumpang kerana menganggap tambang yang dikenakan adalah tipu.

Menerusi tajuk tekanan hidup pula memaparkan tentang keluarga Jamal, pemandu teksi yang mengalami kesempitan wang untuk menampung perbelanjaan keluarganya. Pelbagai dugaan yang datang menduga Jamal namun dia tidak goyah dengan ujian yang diberikan oleh Allah kepadanya. Malang datang menimpa keluarga Jamal dimana punca rezeki telah putus kerana Jamal terlibat dengan satu kemalangan yang menyebabkan teksinya rosak teruk. Masalah yang dihadapi oleh Jamal sekeluarga telah mendapat perhatian oleh Persatuan Teksi yang membantu mendapatkan bantuan kewangan membuka satu kedai makan untuk mendapatkan wang sampingan.

Realitinya dipaparkan juga kisah Samad, seorang pemandu teksi berumur lingkungan 40an yang mempunyai tabiat suka berjudi sehingga mengabaikan keluarganya. Wang pendapatan membawa teksinya dihabiskan untuk berjudi sehingga keluarganya terabai dan pada masa sama menyebabkan dia selalu mengenakan tambang yang mahal kepada penumpang-penumpangnya. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Begitu juga kisah risiko berdepan dengan perompak yang terpaksa dihadapi pemandu-pemandu teksi dalam menjalankan rutin kerja seharian mereka.

Mengutamakan sikap jujur yang akhirnya membawa kepada kebaikan juga dikongsi dalam episod kejujuran yang dibawakan watak pemandu teksi bernama Salleh yang diuji sikap jujurnya samada mahu mengambil atau memulangkan semula dompet dan komputer riba yang ditinggalkan penumpang dalam teksinya. Selain itu usah ketinggalan menyaksikan episod perogol bersiri yang membawakan isu penganiayaan terhadap kepada seorang pemandu teksi apabila dituduh terlibat dalam kes perogol bersiri.

Isu semasa lain yang cuba ditonjolkan termasuklah penculikan kanak-kanak, cinta antara pemandu teksi, cabul dan rogol, kisah Ah Long dan dua tajuk menarik, kami prihatin yang membawakan babak di mana pemandu teksi menyelamat orang ramai daripada kes ragut juga episod kepentingan Bahasa Inggeris yang hakikatnya menyumbang kepentingan kerana kerja mereka yang berdepan dengan pelancong asing.

Antara pelakon yang membintangi drama bersiri kisah pemandu-pemandu teksi ini adalah Anne Abdullah, Illya Buang, Atie AF, Tony Eusoff, Angah Raja Lawak, Ebby Yus, Kencana Dewi, Jeganathan, Hamdan, Dato Jalaludin Hassan, Ropie dan Siti Chubby.

TEKSI MILLENIUM

Babak menarik dalam TEKSI MILLENIUM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Dialog Paling Kelakar Tak Hingat Filem CUN!

Lirik Aku Adalah Aku Melda Ahmad