in , ,

Tonton TV3, Ntv7, 8TV dan TV9 Secara Online

Dari masa ke semasa, dunia semakin canggih. Setiap hari ada sahaja gadget baru yang dijual di pasaran. Dunia komunikasi semakin meluas. Kemudahan internet menjadikan dunia semakin senang. Kini, dengan internet, kita boleh menonton TV. Banyak jenis TV ada di internet. Ada TV berbentuk politik, ada tv saluran alternatif dan ada TV yang berbentuk hiburan. Kini, anda boleh menonton semua program TV di bawah kumpulan Media Prima Berhad – TV3, ntv7, 8TV dan TV9 melalui komputer, pada bila-bila masa, di mana saja, 24 sehari. Nampaknya, semakin banyak masa di pejabat dibazirkan dengan adanya kemudahan ini. Betul tak?

Anda boleh menonton rancangan kegemaran dengan kualiti gambar sehebat televisyen dengan hanya sebuah komputer yang boleh mengakses internet broadband dengan kelajuan tinggi untuk. Selain itu, rakyat Malaysia juga dapat menikmati kandungan web eksklusif yang terdiri siaran langsung, sebalik tabir, klip video, uji bakat, siaran ulangan episod lalu, promo video, muat turun atau download percuma, papan mesej, blog, bloopers dan wiki.

Media Prima akan memaparkan koleksi 40,000 jam video dari arkib, yang membawa penonton seawal pertengahan tahun 80-an yang boleh dimiliki oleh pengguna ‘online’ berdaftar. Lebih menarik lagi adalah semua itu dapat ditonton dalam masa 12 jam selepas sesebuah program disiarkan daripada waktu biasa di TV. Setiap episod yang ditayangkan adalah percuma selama seminggu dan kemudian akan menjadi bahan arkib.

Kebanyakan rancangan ini akan mengimbas kembali detik serta kenangan yang pasti menyentuh hati rakyat Malaysia. Turut disediakan ialah muat turun siaran konsert penyanyi popular tahun 80-an dan 90-an, seperti Datuk Sharifah Aini, Sudirman, Sheila Majid dan kumpulan Search serta Anugerah Juara Lagu, Majalah 3, Melodi dan Money Matters. Penonton boleh memuat turun dan membeli program dari koleksi arkib dengan kaedah langganan bulanan atau bayaran selain muat turut (pay-per-download). Harga langganan adalah serendah RM1 sekali muat turun dan RM15 bagi langganan selama sebulan sekaligus yang menawarkan muat turun maksima 150 video. Selepas mendaftar secara online, penonton akan memuat turut perisian Download Manager bagi kemudakan pengesanan muat turun. Bagi setiap muat turun yang dibayar itu, penonton tidak akan kecewa dengan siaran serta mutu gambar sehebat siaran televisyen dengan resolusi setinggi 720×575. Bagi muat turun menerusi ‘stream’ web percuma pula, penonton boleh menikmati dalam bentuk video dengan resolusi setinggi 570×456.

[tags]tv online, media prima tv online, website tv live, internet world, Datuk Sharifah Aini, Sudirman, Sheila Majid, kumpulan Search, Anugerah Juara Lagu, tv pas, tv umno, yahoo google vidoe, profile artis, Majalah 3, Melodi,  Money Matters, arkib tv3, perspektif kita, astro awani, klip video youtube[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sensasi Selebriti Loves Link & Tempahan Iklan Murah!

Apa Kata Survey & Pool gua.com.my; Mila atau Siti Nurhaliza?