in

Tonton Tayangan Perdana Siri TV Sama Hari Dengan Amerika Syarikat

Penonton di Malaysia kini boleh menonton musim terkini siri TV popular seperti Empire, Scandal, The Walking Dead, Heroes Reborn, Quantico dan banyak lagi pada hari yang sama dengan tayangan perdananya di Amerika Syarikat.

Agnes Rozario, Naib Presiden, Kumpulan Pengurusan Kandungan, Astro, berkata “Kami kembali dengan rancangan dan musim yang lebih hebat tahun ini dalam memulakan kempen “Same Day as The U.S.”. Rakyat Malaysia kini berpeluang menyertai perbualan hangat di seluruh dunia mengenai siri-siri hebat ini sejurus selepas tayangan perdananya. Pelanggan Astro juga boleh menonton rancangan kegemaran On Demand mereka dan On The Go pada bila-bila masa sahaja.”

Same Day As The U.s. Group Pic

“Dengan kerjasama bersama rakan-rakan saluran kami, kami telah menjadi pilihan peminat TV untuk menonton siri terkini yang ditawarkan dari Amerika Syarikat. Tahun lepas, kami membawakan 15 judul; tahun ini pula menyaksikan 25 rancangan bakal memeriahkan kedatangan musim luruh dan kami akan terus memilih judul terbaik dan paling menarik untuk ditawarkan kepada pelanggan kami demi menampilkan pengalaman hiburan terhebat.”

Donovan Castillo-Mohlman, Pengarah Program dan Pemilikan, Asia, Rangkaian Antarabangsa NBC Universal berkata

“Kami teruja untuk meluaskan inisiatif program trek pantas kami menerusi pelancaran The Tonight Show Starring Jimmy Fallon buat pertama kalinya di Malaysia, yang bersiaran Same Day as the U.S. Komitmen kami terhadap strategi ini turut boleh dilihat menerusi DIVA, di mana penonton boleh menikmati musim terbaru rancangan yang tercalon dalam Anugerah Emmy, The Good Wife dan juga Brookly Nine-Nine – Same Day as the U.S – dan juga musim terakhir Downtown Abbey – Same Day as the U.K.

NIKMATI LEBIH BANYAK SIRI TV TERKINI DARI AMERIKA SYARIKAT
Astro gandakan judul bagi siri TV “Same day As The U.S.”

Ling Sze Gan, Naib Presiden, Jualan Media, Sony Pictures Television Networks, Asia berkata “Quantico yang ditayangkan di AXN kali ini adalah tayangan perdana drama yang paling dinanti-nantikan musim ini dan dapat menyiarkannya selepas 12 jam waktu tayangannya di Amerika Syarikat adalah satu pengalaman yang hebat untuk penonton Malaysia. Rancangan popular lain yang akan kembali menemui penonton setia kami dalam kempen “Same Day as US” termasukklah The Blacklist, The Voice, CSI:Cyber dan The Amazing Race, demi memastikan penonton AXN akan terus terhibur dengan kandungan hebat Hollywood terkini.”

Penny Tan, Pengarah Pemasaran Saluran Antarabangsa FOX (FIC) berkata “Kempen ‘Same Day as The U.S.’ merupakan usaha terkini dan ia membuktikan komitmen FIC untuk penonton setia kami. FOXHD, Starworld dan FXHD akan membawakan 9 program segera termasuklah siri pilihan penonton THE WALKING DEAD Musim Ke-6 dan siri baru seperti HEROES REBORN di FOX dan Crazy Ex-Girlfriend di STAR WORLD – membolehkan penonton kami mengikuti rancangan kegemaran mereka pada hari yang sama dengan tayangan perdana di Amerika Syarikat menerusi keselesaan menonton program-program ini melalui pengalaman tontonan hebat bersama Astro”.

“Penantian kini sudah berakhir. Awal tahun ini, tayangan perdana siri asal HBO dan CINEMAX disiarkan di Asia serentak dengan waktu siarannya di Amerika Syarikat. Ini dapat membantu mengelak cetak rompak dan peminat rancangan-rancangan yang memenangi pelbagai anugerah ini tidak akan lagi terkesan dan terganggu oleh khabar angin yang mereka baca di media sosial,” kata Magdalene Ew, Ketua Pemasaran, Kreatif dan Kandungan, HBO Asia.

“HBO adalah saluran pertama di Malaysia yang menawarkan tayangan serentak siri asal dari Amerika Syarikat bermula tahun ini menerusi Game of Thrones diikuti musim terbaru Silicon Valley, Veep, True Detective, Ballers dan The Brink. The Letfovers Musim Kedua bakal bersiaran serentak dengan waktu siarannya di Amerika Syarikat pada 5 Oktober jam 9 pagi di HBO dan siaran ulangan perdananya pada petang hari yang sama.

“Ellen bukan sahaja wajah yang sudah sinonim dengan Lifetime tetapi juga pilihan tepat untuk mewakili saluran Lifetime dengan gayanya yang menyeronokkan, dekat di hati, serba boleh dan benar-benar menyentuh perasaan. Bukan sahaja kita menampilkan musim terbaru Ellen setiap minggu di Lifetime, kita juga menyiarkannya Same Day as the U.S.”, kata Michele Schofield, Naik Presiden Kanan, Pemasaran dan Program, A+E Networks Asia.

Kini pelanggan Astro boleh menonton siri TV kegemaran mereka di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa – sama ada di TV mahupun Astro On The Go. Untuk pengalaman On Demand, para pelanggan hanya perlu menyambung dekoder Astro PVR mereka ke internet ataupun memuat turun aplikasi Astro on The Go. Dengan lebih episod boleh didapati di on demand, kami menggalakkan pelanggan menggunakan kelebihan fungsi ini untuk menikmati siri kegemaran mereka secara marathon!

Antara program untuk kempen Same Day as The U.S. dan U.K. termasuklah :

• Downton Abbey S6 – Final Season (Sept 21 – DIVA, CH702/CH723 HD)
• The Voice S9 (Sep 22 & 23 – AXN, CH701/CH721 HD)
• Empire S2 (Sep 24 – Star World, CH711/CH722 HD)
• Scandal S5 (Sep 25 – StarWorld, CH711/CH722 HD)
• Heroes Reborn (Sep 25 – FOXHD, CH 724)
• CSI 2-hour movie – Series Finale (Sep 28 – AXN, CH701/CH721 HD)
• Quantico (Sep 28 – AXN, CH701/CH721 HD)
• Brooklyn Nine-Nine S3 (Sep 29 – DIVA, CH702/CH723 HD)
• Marvel’s Agent of S.H.I.E.L.D S3 (Sep 30 – FOXHD, CH 724)
• The Tonight Show Starring Jimmy Fallon (Oct 2 – E!, CH712)
• Sleepy Hollow S3 (Oct 2 – FOX HD, CH 724)
• The Blacklist S3 (Oct 2 – AXN HD- CH 701, 721)
• The Leftovers S2 (Oct 5 – HBO HD CH411/431)
• The Good Wife S7 (Oct 5 – DIVA HD CH702/723)
• Homeland S5(Oct5 – FX HD CH726)
• The Walking Dead S6 (Oct 12 – FOXHD, CH 724)
• My Crazy Ex-Girlfriend (Oct 13 – STAR WORLD HD CH711/722)

Sila lihat lampiran untuk senarai penuh rancangan dan untuk keterangan lanjut tentang informasi program, sila ke laman sesawang kami di: www.astro.com.my

Agnes Rozario, Vice President, Content Management, Astro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Album Terbaru Bil Musa THE BEACH

Pelancaran Dashing Mcfc Edisi Terhad Haruman Baru Untuk Peminat Sebenar