in

Tonton Cerita Teh Tarik F&N Dapat Hadiah

Menonton sambil rebut peluang raih hadiah

PENONTON bertuah yang menyaksikan program Cerita Teh Tarik F&N Setiap Khamis menerusi TV3 bakal memenangi hadiah utama Plasma 60 inci dan pelbagai produk elektronik dalam peraduan yang boleh dilakukan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) secara mingguan berkaitan dengan rancangan itu.

Program yang akan disiarkan jam 6 petang disiarkan sebanyak tujuh episod bersama hosnya Awal Ashaari.

Pengurus Kanan Produk Kumpulan F&N, Eileen Chan berkata, program itu adalah usaha pihaknya mengetengahkan ceritra rakyat Malaysia serta kejayaan mereka yang berperanan dalam masyarakat.

“Teh Tarik adalah sebahagian budaya sosial berbilang kaum dan rancangan ini diadakan bertujuan untuk menegakkan budaya teh tarik yang dianggap unik di negara ini.

“Program ini juga mampu mengukuhkan semangat silaturahim menerusi mesej penting seperti perpaduan, ikatan kekeluargaan, persahabatan, kedamaian dan resolusi positif dengan berkongsi saat berharga.

“Setiap episod membawa tema tertentu dengan tumpuan kepada warga negara ini termasuk selebriti seperti Alam (SYTYCD) bersama Wakaka Crew dan kumpulan Estranged.

“Terdapat juga episod mengenai persahabatan antara anggota Kelab RX8 dan dua episod lain mengupas kasih sayang antara pasangan yang baru berkahwin dan seorang ibi yang baru ditemukan semula dengan anak perempuannya selepas terpisah selama 50 tahun,” katanya.
Menurut Chan, program itu mempunyai tarikan tertentu kerana ia menyentuh isu yang dekat di hati kita dan tersulam dalam budaya kita.

“Setiap episod mempunyai elemen yang pastinya menarik sesetengah golongan masyarakat dinasihatkan penonton tidak meninggalkan mana-mana satu episod kerana setiap episod memberi perspektif baru mengenai topik yang diketengahkan.

“Ramai penonton berfikir yang mereka pasti mengetahui kisah yang bakal dipaparkan menerusi program ini, tetapi hakikatnya banyak lagu yang boleh mereka pelajari daripada setiap episod yang dipaparkan itu.

“Saya berharap penonton daripada pelbagai segenap lapisan masyarakat untuk menonton program ini kerana mereka bakal menerima pelbagai hadiah menarik berupa pelbagai produk elektronik yang mewah,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Meet & Greet Pelakon The Legend is Born Ip Man

Anuar Zain Menang Saman Kes Tuntutan Royalti