in , ,

Tomok Main Kasar di Padang? Rakan Artis & Peminat Dedah Sikap Sebenar Tomok

Siapa yang tidak kenal dengan Tomok, jika dilihat pada setiap hantaran gambar di sosial media, Tomok seorang ‘family man’.

Tomok lebih selesa berkongsi kisah kerjaya dan keluarga dan setakat ini bebas dari sebarang kontroversi. Namun tidak ramai yang tahu sisi lain Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan ini. Melalui satu dokumentari khas yang bertajuk TOMOKTWNTY, rakan-rakan artis serta peminat mendedahkan sikap sebenar Tomok. Sikap Tomok di dalam padang bola, semasa bekerja dan bersama kalangan peminat.

Thumbnail_Eps3

Antara artis yang berkongsi cerita mereka adalah, Black Hanifah, Zimi, Gjie 6ixth Sense, Johan, Zahid, Aubrey Suwito, Ainol dan 2 orang peminat Tomok dari kelab Tomokianz.

TOMOKTWNTY merupakan dokumentari khas menyingkap perjalanan karier seni Tomok selama 20 tahun.

Dokumentari 4 episod ini menceritakan permulaan kerjaya Tomok bermula dari zaman Newboyz sehinggalah bergerak secara solo. TOMOKTWNTY sudah memasuki episod ke 3 yang mula disiarkan di YouTube Monkey Bone pada 13 Mac 2020.

https://flic.kr/p/2iDY374

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diana Danielle Dalam Telemovie MENCARI MARDHATILLAH Arahan Khir Rahman

Betul Ke Mira Filzah Bakal Nikah dengan Wan Emir Pada Oktober 2020?