in ,

TikTok Mengesahkan Akan Menyaman Pentadbiran Trump

TikTok kini akan mencabar arahan kerajaan Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Donald Trump, dan akan memfailkan saman terhadap perkara berkenaan.

Antara perkara yang akan disentuh adalah termasuk berkaitan arahan meminta ByteDance untuk menjual semua operasi TikTok di Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, TikTok juga akan mencabar spekulasi yang mengatakan TikTok menggunakan aplikasi berkenaan untuk memantau pergerakkan dan sebagainya.

TikTok sebelum ini telah beberapa kali menekankan mereka tidak berkongsi sebarang data aplikasi mereka bersama kerajaan China, selain turut menggunakan pusat data di luar China.

TikTok mengatakan dalam usaha memastikan syarikat dan pengguna TikTok menerima layanan yang adil dan saksama, mereka tiada cara lain dan akan mendapatkan kebenaran melalui sistem kehakiman.

Sebelum ini, Microsoft telah mengatakan dalam perbincangan untuk mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Razali Ambil Masa Satu Hari Untuk Bangkit Semula Gara-Gara…

Dengan RM60, Ini Yang Budiey Dapat dari Restoran Santan