in

Tiket Penerbangan Pergi Balik Percuma untuk Pelanggan FIRST™ Platinum

PELAN PASCABAYAR TERBAIK KINI LEBIH HEBAT!

Tiada bandingan bagi Pelan Pascabayar yang memberikan anda pelbagai keistimewaan gaya hidup dan tawaran ini adalah yang pertama seumpamanya dalam pasaran. Pelanggan Celcom FIRST™ Platinum; kini boleh menikmati pengalaman percutian yang hebat dengan tiket penerbangan pergi balik PERCUMA ke mana-mana destinasi negara ASEAN.

Pelanggan FIRST™ Platinum

Pelanggan FIRST™ akan mendapat pelbagai pilihan daripada menonton filem kegemaran mereka di panggung, atau menaiki GrabCar, atau menikmati hidangan dan minuman di restoran kegemaran mereka, semuanya PERCUMA setiap bulan! Mereka juga boleh memilih untuk mendapat diskaun atau rebat ketika membeli-belah secara atas talian atau melalui aplikasi mudah alih.

Pelanggan FIRST™ Platinum

Celcom terus meletakkan pengalaman pelanggan sebagai keutamaan, bukan hanya dengan keistimewaan, malah memberikan pengalaman ganjaran gaya hidup dengan hanya menjadi pelanggan Celcom FIRST™.

Pelanggan FIRST™ Platinum

Mulai hari ini, para pengguna yang melanggan FIRST™ Platinum pada RM148 (60GB) atau FIRST™ Platinum Plus pada RM188 (100GB) selama 12 bulan akan menikmati keistimewaan-keistimewaan baru secara automatik seperti:

● Perayauan Data PERCUMA dan panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS) tanpa had ke sembilan negara ASEAN (FIRST™ Platinum Plus)
● Data Perayauan PERCUMA ke sembilan negara ASEAN (FIRST™ Platinum)
● AnydayGB™ PERCUMA
● Akses Premium Iflix dan Yonder Music tanpa had secara PERCUMA
● Keistimewaan Gaya Hidup:

a) Keistimewaan untuk sekali sahaja – Satu tiket penerbangan pergi balik ke destinasi dalam negara ASEAN.

ATAU
b) Keistimewaan bulanan – Gabungan antara dua keistimewaan gaya hidup setiap bulan yang ditawarkan oleh mana-mana rakan niaga Celcom.

Celcom juga menawarkan keistimewaan gaya hidup untuk para pengguna yang melanggan selama 12 bulan dengan FIRST™ Gold pada RM80 (20GB), FIRST™ Gold Plus pada RM98 (40GB) atau FIRST™ Gold Supreme™ pada RM128 (50GB), di mana mereka akan menikmati keistimewaan berikut secara automatik :

● AnydayGB™ PERCUMA
● Akses Premium Iflix dan Yonder Music tanpa had secara PERCUMA
● Keistimewaan Gaya Hidup:

c) Keistimewaan untuk sekali sahaja – Satu tiket penerbangan pergi balik ke destinasi dalam Malaysia.
ATAU
d) Keistimewaan bulanan – Salah satu keistimewaan gaya hidup setiap bulan yang ditawarkan oleh mana-mana rakan niaga Celcom.

Pelanggan Celcom FIRST™ boleh mengakses akaun melalui Aplikasi MyCelcom Postpaid dan memilih “Lifestyle Privileges” daripada pilihan “My Services” untuk menyemak keistimewaan yang boleh ditebus. Arahan dan kod penebusan akan diberi kepada pelanggan berdasarkan keistimewaan yang dipilih.

Pelanggan baru dan sedia ada Celcom boleh menikmati keistimewaan ini dengan hanya berkunjung ke mana-mana cawangan Blue Cube atau Celcom Certified Partners berdekatan dan melanggan pelan Celcom FIRST™ selama 12 bulan tanpa caj tambahan!

Pelanggan FIRST™ Platinum

Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad berkata pelanggan Celcom FIRST™ bukan hanya dapat menikmati data, bahkan turut menikmati pelbagai keistimewaan gaya hidup yang memuaskan.

“Kami ingin sentiasa memastikan pelanggan kami memperolehi pengalaman yang terbaik daripada Celcom, tanpa mengira sama ada melalui ruang digital atau aktiviti gaya hidup harian mereka. Tiada yang lebih hebat daripada memiliki pelan yang turut memberi manfaat dan ganjaran tambahan bersesuaian dengan kehendak anda,” katanya lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.celcom.com.my.

Pelanggan FIRST™ Platinum

Pelanggan FIRST™ Platinum

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Budak Sekolah Pun Dah Pandai Geli-geli Trending di Youtube Malaysia

Menangi Trip 5H4M Trip Hollywood 91st OSCARS® Red Carpet In Los Angeles