in

Tiket Bas Percuma Balik Beraya Bersama TV3

Berita baik untuk semua! Bagi sesiapa yang tidak berjaya mendapatkan tiket-tiket bas untuk pulang beraya ke kampung halaman tidak perlu bimbang kerana mereka boleh mendapatkannya dengan menjadi pemanggil bertuah menerusi progam Malaysia Hari Ini (MHI) di mana TV3 akan menyumbangkan lebih kurang 400 tiket bus pulang beraya destinasi seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor. 

Justeru, satu pelancaran khas bas ”Balik Beraya Bersama TV3”, bakal dilancarkan sewaktu siaran langsung program MHI dan akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awaluddin bersama-sama personaliti TV3.  

Tarikh / Hari: 12 September 2008 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi (Siaran langsung bermula pada 8.30pagi)
Tempat: Perkarangan Sri Pentas (TV3)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dapatkan Buku 50+1 Malaysia di Pasaran Sekarang!

PENTAS PROJECT 2008 ANNUAL PRODUCTION